www.E-KEDAI.com.my/emas.htm

Emas, Perak Atau ASB....

Pilihan Di Tangan Anda.

Apakah hala tuju simpanan anda tahun 2011 ini. Semoga artikel dibawah membantu anda memilih . Selamat membaca dan membuat pilihan.

1. AMANAH SAHAM BUMIPUTERA

“PNB isytihar dividen dividen ASB 7.50sen, Bonus 1.25sen” – BERNAMA
Alhamdulillah, Permodalan Nasional berhad sudah isytihar dividen dan bonus untuk ASB untuk tahun 2010 sebanyak 8.75%. Andai simpanan ASB anda RM10,000, maka jumlah yang anda perolehi ialah RM875, pengiraan mudah. Saya juga antara pelabur yang meyimpan wang didalam akaun ASB. Dari segi keselamatan, memang terjamin dan dari segi pengurusan pula, anda tidak perlu pening kepala untuk monitoring saham setiap masa kerana semuanya diuruskan oleh pihak berwajib PNB.
Apa yang anda perlu buat ialah simpan duit anda didalam akaun ASB anda.

Analisa Dividen dan Bonus ASB dari tahun 1991 sehingga 2010.

 

2. EMAS

Pantas masa berlalu, penghujung tahun sudah tiba. Mungkin inilah masa terbaik untuk anda membuat analisis tentang kenaikan dan penurunan harga sesuatu barang. Apa jua yang berada di dunia ini mengalami turun dan naiknya. Alam juga tidak lari dari pasang surut airnya, siang dan malamnya. Kali ini, saya hanya membuat sedikit analisis tentang emas.
Dalam pemerhatian saya, kenaikan harga emas dari awal tahun 2010 hingga akhir tahun 2010 amat menarik. Kalau mengikut sumber dari GoldPrice History, purata kenaikan harga emas ialah 26.23%. Bagi saya, kenaikan ini sudah mengatasi pulangan ASB yang hanya 8.75% setahun. Eh, kalau simpan duit dalam bentuk emas bagus jugak ya.

Analisa Kenaikan Harga Emas Jan 2010 sehingga Disember 2010 – Sumber GoldPrice.org

 

3. PERAK

Mungkin ramai tidak menyedari potensi perak ( silver) kerana murah dan dianggap tidak bernilai seperti emas. Tetapi bagi mereka yang sudah mengkaji dari awal potensi emas dan perak, sudah tentu perak menjadi pilihan mereka. Kalau aku inform kat sini kenaikan harga perak mengatasi emas dan ASB, korang percaya?
Menurut sumber SilverPrice History, kenaikan harga perak pada tahun 2010 ialah 70.68%, saya juga tidak percaya dengan kenaikan ini, tetapi selepas membuat sedikit kajian dan analisa, memang ternyata kenaikan harga perak mencapai 70% pada akhir tahun 2010. Sekiranya anda membeli perak dengan harga RM1000 pada awal tahun, hari ini sudah bernilai RM1700, patut la orang asyik highlight dekat saya tentang emas dan perak penyimpan nilai terbaik.

 

Analisa kenaikan harga perak Jan 2010 sehingga Desember 2010 – Sumber SilverPrice.org
Pilihan ditangan anda untuk menyimpan wang dalam bentuk aset stok (saham) , aset fizikal, atau letak duit bawah bantal. Dengan penjelasan diatas, mungkin dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat, dengan sedikit usaha anda untuk mencari maklumat yang lebih terperinci, anda mampu untuk membuat pilihan yang tepat. Satu nasihat dari saya, pelaburan yang akan anda pilih semestinya halal dan tidak terlibat dengan sesuatu yang meragukan. Saya sendiri pelbagaikan cara simpanan duit iaitu dalam bentuk emas dan perak.

Graf Keuntungan Perak dari tahun 2000-2010 : ASB vs PERAK

Baiklah atas permintaan salah seorang pembaca, saya akan tunjukkan graf analisa pergerakan

 

 

Pergerakan harga komoditi perak 2000-2010 :

 



Baiklah sedikit analisa keuntungan perak dalam tempoh 10 tahun :

Peratusan keuntungan (%) = 30.70-5.09 x 100
                                                5.09
                                     
                                        = 
503.14 %

Maka purata keuntungan setahun adalah  
50.31%

Bagaimana keuntungan ASB dari tahun 2000-2010??

Saya harap ia memberi sedikit sebanyak info kepada pelabur-pelabur perak.

Tapi dalam jangka masa panjang perak berpotensi lebih baik berbanding emas.
Kenapa?

Salah satu sebab permintaan yang tinggi oleh INDUSTRI.

Sekian.

Anda mampu menilainya..


 

 

p/s : ASB 8.75%, emas 26%, perak 70%, pilih baik2 ya..