www.E-KEDAI.com.my/emas.htm

Faktur Utama Yang Mempengaruhi Harga Emas

Kenapa harga dinar emas masih meningkat ?

Ada dua faktur utama yang mempengaruhi harga emas :

1.
Permintaan dan penawaran (Demand and supply).
Biasanya musim perayaan mempengaruhi permintaan yang tinggi menyebabkan harga emas naik secara mendadak. Permintaan yang rendah diluar musim perayaan menyebabkan harga turun.

2. Kejatuhan dan kenaikan dollar.( dollar index )
Akhir - akhir ini faktur ini lebih banyak  menentukan harga emas.
Mata wang fiat terutamanya US dollar mengalami kemorosotan nilai yang sangat ketara. Oleh kerana emas bergerak bertentangan dengan dollar. Kejatuhan dollar akan menyumbang kepada kenaikan harga emas.




Menuju hiperinflasi - Inflasi melampau

Kesan dari krisis kredit dan buih perumahan beberapa tahun lepas keatas sistem kewangan mendedahkan betapa sistem kewangan sekarang seperti pasir jerlus. Bagi tujuan mengampungkan sistem kewangan yang sedang tenggelam, kerajaan AS telah mencetak atau menyatakan kesanggupan untuk menyediakan US dollar $13 trilion dan kerajaan - kerajaan lain telah menyatakan kesediaan dengan amaun-amaun besar sebagai pakej penyelamat. Tetapi meskipun jumlah yang besar ini dalam mudah tunai ditambahkan kepada sistem itu, ia tidak membawa kepada inflasi tetapi deflasi. Penguncupan aset kewangan berjumlah kira-kira $90 trilion berlaku di seluruh dunia ketika krisis berada di puncak.

Jadi mengapa deflasi tidak berlanjutan ? Gabungan pengangguran yang bertambah, bertambahnya defisit kerajaan dan satu sistem kewangan yang masih penuh dengan hutang toksik adalah satu campuran yang maut, secukupnya untuk pelan cetakan wang akan berterusan untuk tempoh yang lama.

Akibat bagi cetakan wang terutama di Amerika Syarikat dan UK akan membawa kepada kejatuhan dramatik  nilai Dollar dan Pound, kerana tiada siapa pun bersedia untuk menyimpan satu mata wang sebuah negara yang hanya mencetak wang kertas yang tidak bernilai bagi tujuan membiayai belanjawan defisitnya.  Mata wang itu sedang menuju keruntuhan dengan petunjuk-petunjuk bahawa inflasi melampau akan berlaku. Jadi mungkin laluan pertama, satu kemelesetan yang bersifat deflasi, yang kita hadapi kini, berikutnya cetakan wang tidak terhad akan membawa kepada kejatuhan nilai  mata wang dan ini menyebabkan kemelesatan dengan  inflasi yang  melampau.
Inilah yang mungkin akan berlaku dalam beberapa tahun akan datang.



Bila situasi mata wang kertas mengalami keruntuhan nilai, kelebihan utama ialah kepada satu-satunya wang sebenar yang tidak boleh dicetak dan yang tidak mempunyai hutang keatasnya, yakni emas.

Lihat apa yang berlaku disekeliling kita. US dollar mula ditinggalkan dalam perdagagan antarabangsa. Umat Islam harus beralih ke dinar emas untuk mempertahankan aset mereka.



Rusia bersedia untuk meninggalkan dollar dalam urusan minyak dan perdagangan gas dengan China

BEIJING, Oktober 14 (RIA Novosti) - Rusia bersedia untuk menimbang menggunakan mata wang Russia dan mata wang Cina daripada dollar dalam urusan perdagagan minyak dua hala dan urusan-urusan gas, Perdana Menteri Vladimir Putin berkata pada hari Rabu lalu, kini sedang dalam satu lawatan ke Beijing, berkata satu keputusan akhir pada isu itu hanya boleh dibuat setelah satu analisis pakar dapat diselesaikan terlebih dahulu.

“Semalam, syarikat-syarikat tenaga, khususnya Gazprom, mengusulkan penggunaan mata wang nasional. Kami bersedia untuk mengkaji kemungkinan jualan sumber tenaga dalam rubel, tetapi rakan-rakan Cina kita memerlukan rubel untuk itu.
Kami bersedia menjual untuk yuans,” Putin berkata.

Dia menegaskan “sepatutnya ada satu keseimbangan di sini.”

Pada Selasa lepas, Rusia dengan syarat-syarat yang dipersetujui China, akan membekalkan gas Rusia sehingga 70 bilion meter padu setahun. China juga mengimport minyak dari Rusia.

Perdana menteri Rusia berkata isu itu akan dikemukakan antara lain pada satu mesyuarat menteri-menteri kewangan Shanghai Cooperation Organization (SCO), yang akan bermesyuarat sebelum akhir tahun ini di Kazakhstan.

Akhbar Independent dari Britain melaporkan bahawa Selasa lepas pegawai-pegawai Rusia itu telah menjalankan “mesyuarat-mesyuarat rahsia” dengan negara-negara Arab, China dan Perancis tentang meninggalkan  penggunaan dolar AS dalam perdagangan minyak antarabangsa.

Negara-negara itu dilaporkan sedang menimbang untuk menukar daripada dollar kepada penggunaan mata wang-mata wang ( basket of currencies ) termasuk euro, yen Jepun, Yuan Cina, emas, dan satu mata wang seragam baru bagi negara-negara yang pengeluar minyak Arab utama.

Akhbar Independent juga menyatakan bahawa mesyuarat-mesyuarat itu telah disahkan oleh sumber-sumber perbankan Cina dan Arab.

Ulasan :

Sistem riba semasa perlu difahami terutamanya yang berkaitan dengan konsep faedah, sistem mata wang dan sistem perbankan sekarang. Alternatif dalam Islam pula mestilah diterokai tetapi
ia mestilah dapat menjamin kuantiti dan kualiti mata wang. Kaedahnya hendaklah benar-benar bebas dari institusi riba sekarang. Kita tidak mahu terperangkap dalam situasi menerima kuda trojan sistem riba di atas nama Islam.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah
dan tinggalkan sisa riba jika kamu orang-orang yang
beriman. Maka jika kamu tidak melakukannya, maka
ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi
kamu…
Surah al-Baqarah, 278/279


Allah dan Rasul-Nya s.a.w. telah mengiystiharkan perang terhadap pengamal riba. Semestinya di mana riba (dan sistemnya) berleluasa di situlah medan jihad kita. Jika kita tidak memahami sistem riba semasa,maka kita tidak akan mengerti tipu helah dalam amalan riba. Kita akan terhenti setakat makna riba yang hanya dikaitkan dengan kadar bunga atau faedah bank sahaja. Kita tidak akan sedar jika riba terselindung dalam sistem berlabel baru dan dikatakan pula bermoral. Ertinya kita tidak akan mengenali ‘kuda trojan’ sistem riba. Kita juga tidak akan faham bahawa sistem mata wang antarabangsa telah menjadi asas sistem riba semasa.

Kita mesti cuba memahami tipu helah sistem kewangan moden termasuk sistem mata wang mereka. Kita perlu mengetahui erti mata wang Islam agar mata wang kita terbebas dan tidak lagi
tertambat kepada paksi mata wang dunia iaitu dolarAmerika. Sudah tentu kita mahukan mata wang yang ‘merdeka’ dari rejim riba.