www.E-KEDAI.com.my/emas.htm

nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang. 

Jika nilai emas naik dalam jangka masa panjang, lain pula ceritanya dengan wang kertas. Di dalam jangkamasa panjang wang kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah. Ini kerana semakin lama disimpan maka nilai wang kertas semakin merosot. Kuasa beli wang kertas 10 tahun dahulu tidak sama dengan kuasa beli wang kertas sekarang. Kuasa belinya semakin merosot akibat inflasi. Sebagai contoh, pada tahun 1970-an, kebanyakan pelajar sekolah rendah membawa wang belanja antara 20 sen ke 30 sen sahaja. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minuman. Bagaimana dengan sekarang? – tahun 2010? 

 

Gambar syiling 20 sen Malaysia, teringat masa zaman kanak-kanak dulu terima duit sekolah 20 sen daripada emak saya.  

Berapa wang saku pelajar sekolah rendah sekarang? Rata-rata ibu-bapa yang saya tanya memberitahu bahawa mereka memberikan wang poket antara RM2 – RM5 sehari kepada anak-anak mereka. Dengan kata lain ibu-bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10 kali ganda atau lebih untuk membeli barang yang sama. Ini jelas menunjukkan kuasa beli wang kertas merosot di dalam jangka masa yang panjang. Untuk melihat sejauh mana kuasa beli wang kertas menurun, kita boleh membandingkan diantara harga emas dengan matawang utama dunia iaitu US Dollar. Jika kita buat graf perbandingan di antara nilai emas dan nilai wang kertas (dalam kes ini USD) maka kita dapat melihat kuasa beli 1USD telah merosot sebanyak 80% daripada tahun 1971 – 2006. 

 

 

 

Gambar: Kuasa beli 1 USD menyusut lebih 80% dari tempoh 1971 – 2007 (sumber  www.dollardaze.org) 

Jadi, apabila kita letakkan graf kenaikan harga emas dan graf penurunan kuasa beli wang kertas maka kita akan mendapat graf seperti dibawah: 

 

 

 

Gambar: Nilai emas VS US Dollar index 

Di dalam jangkamasa panjang nilai wang kertas akan jatuh manakala nilai emas akan meningkat. Sebagai pembaca yang bijak, anda perlu menyimpan dan membuat pelaburan emas