www.E-KEDAI.com.my/emas.htm

 

SEJARAH PENUBUHAN BANK MODEN

 

SEJARAH SISTEM PINJAMAN WANG BANK MODEN

Pada tahap sebelum adanya sistem bank moden, peniaga-peniaga emas (gold merchants) yang mempunyai stor yang kukuh untuk menyimpan barang-barang emas dan yang berharga memberi kemudahan kepada orang lain yang mempunyai emas, perak atau benda yang berharga untuk di simpan dalam stor tersebut supaya selamat daripada di curi. Peniaga emas telah mendapati bahawa 90% daripada harta yang tersimpan (deposit) dalam bank tidak bergerak. Setiap hari pada kebiasaannya hanya 10% daripada harta yang tersimpan dituntut oleh pelanggan.

Maka peniaga emas itu telah menggunakan 90% emas yang tersimpan yang tidak bergerak itu untuk dipinjamkan kepada peniaga atau pemodal yang lain serta mengenakan faedah atau riba atasnya. Jumlah riba (faedah) yang dikenakan ditetapkan oleh peniaga emas itu katakanlah 10%. Peminjam perlu meletakkan ‘security’nya dalam bentuk ‘title’ tanah, rumah atau sebagainya untuk disimpan oleh peniaga emas. Jika sekiranya peminjam tidak mampu membayar balik wang yang dipinjamkan kepadanya, peniaga emas boleh merampas tanah, atau rumah yang telah menjadi sebagai ‘security’ bagi pinjaman yang diambil. Katakanlah peminjam wang membeli sebuah kedai daripada seorang kontraktor dengan wang pinjamannya. Kontraktor tadi menyimpan wang emas itu di tempat yang sama, (jika terdapat satu tempat simpanan sahaja). Wang emas tadi boleh dipinjam semula tanpa sebarang risiko kerana peminjam emas memegang ‘security’ apabila mengeluarkan sesuatu pinjaman. Pada tahap ini wang yang dipinjam adalah dalam bentuk emas ataupun dalam bentuk resit yang bersandarkan emas yang ada.

Sungguhpun demikian peniaga emas boleh memperolehi untung daripada bayaran bagi menyimpan emas dan daripada bayaran faedah (riba) emas yang dipinjamkan tanpa sebarang risiko. Pada tahap seterusnya iaitu tahap kedua, peminjam emas menggunakan dasar bahawa 90% daripada emas yang tersimpan tidak bergerak atau dituntut setiap hari. Ini bermakna peniaga emas boleh meminjamkan 9 kali ganda emas yang ada tersimpan. Umpamanya jika emas yang tersimpan bernilai 10 dolar peniaga emas boleh meminjamkan 90 dolar. Tetapi diperingkat ini wang yang dipinjam adalah dalam bentuk resit, cek, atau surat jaminan tanpa sandaran emas. Ia boleh dilakukan kerana peminjam (pelanggan) sebagai seorang individu percaya bahawa wang dalam bentuk resit, cek atau surat jaminan di tangannya mempunyai sandaran emasnya. Pelanggan tidak menuntut emas yang tersimpan KERANA susah hendak membawanya dan tidak selamat daripada perompakan. Juga mereka sebagai INDIVIDU percaya bahawa cek atau resit di tangan mereka boleh ditukar kepada emas bila-bila masa sahaja.

Pada hakikatnya jika semua pelanggan menuntut emasnya, peniaga emas akan menjadi muflis kerana dia hanya ada 10% sandaran emas daripada jumlah ‘wang’ yang dikeluarkan. Sebaliknya ‘wang’ yang dipinjamkan ada sekuritinya dalam bentuk harta yang bernilai. Bermakna dalam perniagaan kebanyakan wang iaitu lebih kurang 90% jumlah wang yang digunakan dalam perniagaan ialah wang kertas yang dicetak oleh ‘peniaga emas’. Pada masa ini tempat ‘peniaga emas’ itu telah diganti oleh sistem bank ribawi. Bermakna hanya lebih kurang 10% wang sahaja yang beredar di kalangan masyarakat adalah wang yang dicetak oleh pihak kerajaan . Pada zahirnya hanya kerajaan mempunyai kuasa untuk mencetak wang, walhal pada hakikatnya pihak bank juga menggunakan wang persendirian (cek atau elektonik).

SEJARAH MANIPULASI SISTEM KEWANGAN AMERIKA SYARIKAT

Kerajaan Amerika bermula dengan mewujudkan sistem kewangan yang menggunakan emas dan perak dan juga wang kertas. Wang kertas boleh ditukarkan kepada emas atau perak. Nilai nisbah antara emas dan perak ialah 16 perak bagi 1 emas. Tempat mencetak syiling kerajaan adalah terbuka kepada orang ramai. Orang ramai boleh mencetak wang daripada emas dan perak yang dimiliki atau dihasilkan oleh mereka tanpa sebarang bayaran kepada kerajaan. Dengan adanya sistem menggunakan dua jenis logam itu iaitu perak dan emas, pasaran akan mengimbangkan secara automatik nilai antara kedua logam tersebut. Jika emas menjadi sukar diperolehi, rakyat akan menggunakan perak. Dengan cara ini nilai logam yang mahal akan turun dan nilai logam yang murah akan naik. Dengan demikian harga turun naik antara kedua logam tersebut tidak melebihi daripada 3%.

Tetapi pada tahun 1873 bulan Februari satu akta bernama ‘A Bill to Reform The Coinage and Mint Laws’ (Akta Untuk Memperbaiki Undang-undang Mencetak Syiling) telah diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat yang mengharamkan penggunaan perak sebagai wang. Terdapat di sini dua pendapat yang menarik sekali : pertama, semasa Akta tersebut diluluskan oleh Kongres, ahli Kongres telah tahu bahawa Akta berkenaan adalah untuk membatalkan penggunaan perak sebagai wang. Pendapat yang kedua ialah : Akta tersebut telah diluluskan oleh Kongres tanpa mereka memahami bahawa ianya adalah satu akta untuk membatalkan penggunaan perak sebagai wang dan hanya emas sahaja boleh digunakan sebagai wang. Menurut Alexandra Del Mar, bekas pengarah Biro Statistik Amerika Syarikat dan ahli Pesuruh Jaya perlombongan kepada Pesuruh Jaya Wang Amerika Syarikat (1876) dalam bukunya ‘A History of Monetary Crime’ (Sejarah Jenayah Wang) berkata : Akta tersebut pada zahirnya tidak membayangkan sedikit pun cadangan untuk membatalkan kegunaan perak sebagai wang.

Bukti yang paling ketara ialah : Presiden Grant yang menandatangani ‘Akta’ tersebut sendiri tidak mengetahui bahawa akta berkenaan bermaksud demikian sehingga 3 Oktober 1873 menurut suratnya kepada Mr. Cowdrey. Oleh itu penulis Del Mar yang mengkaji secara terperinci dalam perkara ini berpendapat bahawa Akta tersebut adalah suatu tipu helah dan jenayah. Menurutnya, kebanyakan ahli Kongres menganggap bahawa Akta tersebut hanyalah untuk membukukan (codify) undang-undang yang sedia ada dan bukan untuk membatalkan penggunaan perak. Menurut Wicklifle Vennard dalam bukunya ‘The Federal Reserve Hoax’ (1963) sesiapa sahaja yang melihat kertas-kertas prosiding Kongres bertajuk, ‘Congressional Globe’, sesi ketiga Kongres 42, halaman 668-674, Januari, Februari 1873 akan mendapati bahawa; tidak ada sebarang perbahasan atau perkataan di dalam Dewan berkaitan dengan pembatalan wang perak. Ia adalah satu rancangan sulit menggunakan perkhidmatan orang dalam.

Apabila akta tersebut menjadi undang-undang tiga tahun kemudiannya, usaha untuk menolak Akta tersebut telah dibuat serta merta. Usaha ini tidak berjaya kerana Persatuan Bank Amerika dan semua pemodal wang yang besar di Amerika Syarikat serta agen-agen pemodal antarabangsa daripada London (Ernest Seyd) telah memberi sokongan kuat kepada Akta tersebut melalui tulisan dan ceramah-ceramah mereka. Mereka menyokong supaya satu piawai emas sahaja diadakan (The Single Gold Standard). Akibat Akta tersebut adalah ia menaikkan harga bond (surat jaminan) wang dalam bentuk ‘Note’ dan cagaran-cagaran yang dipegang oleh pemodal elit antarabangsa dan menurunkan harga barang-barang dan harta rakyat. Akta tersebut menguntungkan pemodal antarabangsa kerana menurut Del Mar ‘Dolar perak telah dibatalkan sebagai matawang hanya dengan bertujuan untuk menaikkan nilai dolar emas dan menaikkan hutang rakyat Amerika Syarikat dua kali ganda. Itulah motif mereka tidak ada motif yang lain. Cara bagaimana tipu helah ini dilakukan secara terperinci boleh didapati dalam penulisan A.Del Mar dalam bukunya : ‘A History of Monetory Crimes’. Dalam pilihan raya seterusnya pada tahun 1896, kedua-dua parti politik ‘Demokratik’ dan ‘Republik’ telah dipengaruhi oleh Persatuan Bank Amerika. Persatuan Bank Amerika serta pemodal-pemodal bank telah memberi sokongan wang kepada bakal presiden Amerika Syarikat yang mengikut kehendak mereka. Kini dipercayai bahawa sebarang calon yang ingin memegang jawatan kebangsaan tetapi menentang sistem bank ribawi dan cuba menyebarkan maklumat mengenainya akan menemui kegagalan dalam perlantikkan. Ini adalah kerana lawan mereka mempunyai wang yang banyak.

FEDERAL RESERVE BANK’ AMERIKA SYARIKAT (FED)

Beberapa percubaan telah dibuat oleh pemodal elit antarabangsa untuk menguasai sistem kewangan Amerika Syarikat. Pada tahun 1790 pemodal-pemodal elit antarabangsa dari Eropah telah berjaya membuat satu ‘charter’ (piagam) supaya penubuhan bank Amerika Syarikat diluluskan oleh Kongres. Piagam ini adalah bertentangan dengan perlembagaan kerana ia memberi hak istimewa kepada satu badan korporat untuk mencetak wang Amerika Syarikat. Kongres meluluskannya oleh kerana beberapa ahli politik telah dipengaruhi oleh kuasa wang.

Pada tahun 1832 Presiden Andrew Jackson, telah mengambil tindakan untuk tidak memperbaharui tempoh ‘piagam’ tersebut yang tamat tempohnya pada tahun 1836. Pada tahun 1861 Presiden Abraham Lincoln telah mengambil tindakan untuk mengeluarkan wang yang dikenali sebagai ‘Lincoln Greenbacks’ (tanpa faedah) untuk membayar kos peperangan saudara antara Pihak Utara (Amerika Syarikat) dan Pihak Selatan (negeri itu) yang tercetus pada masa itu. Tindakan ini dibuat sebagai alternatif daripada peminjam wang daripada pemodal antarabangsa yang mengenakan faedah yang tinggi.

Menurut William Guy Carr, (1958) dalam bukunya ‘Pawns In The Game’ (hlmn 53 dan 54). Pihak pemodal elit antarabangsa telah menghulurkan pinjaman yang tidak terhad kepada semua angkatan tentera yang berjuang di sebelah pihak selatan menentang utara. Apabila kerajaan negeri-negeri utara mendapati dirinya dalam krisis, pihak pemodal antarabangsa mengambil kesempatan untuk menawarkan bantuan kepada kerajaan negeri-negeri utara dengan syarat pinjaman-pinjaman yang akan diberi itu adalah dengan kadar faedah sebanyak 28%. Suatu aspek penting dalam peperangan saudara Amerika itu ialah hakikat bahawa peperangan itu dijangkakan tentu berakhir beberapa bulan sahaja, kalaulah tidak kerana pinjaman-pinjaman ini berupa muamalah ‘riba’ yang dikutuk. Faedah yang dikenakan itu telah dianggar akan dapat memberi kuasa kepada bank-bank internasional ke atas ekonomi sebuah negara. Bila mereka fikirkan masanya telah tiba, mereka pun memberhentikan perang.

Lincoln telah mencuba untuk memecahkan belenggu hutang yang membelenggu negeri-negeri utaranya. Kepadanya fasal satu, bab lapan, perenggan lima, perlembagaan cukup memberikan kuasa. Beliau tidak menghiraukan tuntutan-tuntutan pihak bank. Beliau telah mengambil langkah mengecap wang sebanyak $450,000,000. Dia meletakkan kredit negara sebagai cagarannya. Pihak Bank Internasional telah membalas dengan berusaha supaya satu rang undang-undang diluluskan oleh kongres memerintah supaya wang dikeluarkan oleh Lincoln yang dipanggil ‘Greenbacks’ itu tidak diterima sebagai wang untuk membayar faedah di atas bond-bond kerajaan atau untuk membayar cukai-cukai import. Dengan itu wang Lincoln telah menjadi hampir-hampir tidak bernilai langsung, kecuali jika ia bersetuju dikenakan potongan (diskaun) yang parah. Setelah berjaya menurunkan wang yang bergelar ‘Greenbacks’ hingga menjadi satu dolar menyamai harga 30 sen sahaja, waktu itulah pihak bank mengaut dan membeli kesemua wang itu masuk ke dalam keroncongnya. Kemudian mereka berpaling pula kepada bon-bon kerajaan yang ada pada mereka dengan menuntut harga satu dolar menyamai satu dolar. Dengan cara begini mereka dapat mengatasi suatu ancaman yang serius dan membuat keuntungan 70 sen atas satu dolar.

Sebuah makalah yang diilhamkan oleh pihak Bank Internasional telah disiar dalam ‘London Times’. Makalah itu ialah mengenai wang ‘Greenbacks’ yang dikeluarkan oleh Abraham Lincoln, katanya : ‘sekiranya polisi kewangan yang berupa nakal ini, yang berpunca dari negeri-negeri Utara Amerika, dibiarkan menjadi mata wang yang kekal, kelak kerajaan itu akan mengecap wangnya sendiri tanpa mengadakan cagaran. Dia dapat melangsaikan segala hutangnya tanpa meninggalkan sebarang baki. Dia akan memilik seberapa banyak wang yang mereka perlukan untuk menjalankan perdagangan. Dia akan menikmati kemakmuran yang tidak ada tandingan dalam sejarah dunia. Otak-otak yang bergeliga dan kekayaan seluruh negara akan berpindah ke Utara Amerika. Negara itu mestilah dihancurkan. Kalau tidak dia akan meleburkan semua sistem beraja atas muka bumi ini.

Suatu siaran yang dipanggil ‘The Hazard Circular’ telah dihantar kepada semua kepentingan-kepentingan di seberang laut. Siaran itu berbunyi : ‘perhambaan’ (Slavery) mungkin akan dihapuskan oleh kuasa perang. Ini adalah suatu perkara yang saya dan rakan-rakan saya di Eropah bersetuju, kerana perhambaan itu tidak lain melainkan memiliki tenaga buruh, dan membawa bersamanya pemeliharaan muslihat buruh, sedangkan menurut rancangan Eropah, yang dianjurkan oleh England, kapital atau modallah yang akan menguasai buruh dengan jalan mengawal gaji atau upah.

‘hutang raksasa yang dipastikan oleh kaum Kapitalis supaya berhasil dari peperangan mestilah digunakan untuk mengawal nilai wang. Untuk mencapai tujuan ini, bon-bon kerajaan mestilah digunakan sebagai asas bagi bank. Kita sekarang menunggu Perbendaharaan Kerajaan Amerika Syarikat untuk mengemukakan perakuan. Tdak boleh dibiarkan ‘Greenbacks’, menurut gelarannya, beredar sebagai mata wang lebih lama lagi kerana kita tidak dapat mengawalnya. Sebaliknya kita dapat mengawal bon-bon dan menerusinya kita mengawal pengeluaran mata wang oleh bank’.

Pihak Bank Internasional telah membiayai kempen-kempen pilihan raya yang dijalankan oleh ramai senator dan baka-bakal anggota kongres, untuk memberi mereka kepastian bahawa rang undang-undang Negara mengenai urusan-urusan bank (The Nasional Banking Act) akan diluluskan menjadi undang-undang. Ini sebenarnya terlaksana dalam tahun 1863 meskipun Presiden Lincoln telah membuat bantahan keras. Dengan demikian pihak Bank Internasional telah memenangi satu pusingan lagi. Rakyat seluruh dunia telah ditolak selangkah lagi ke arah belenggu ekonomi, politik dan agama yang akan mengikat mereka. (Bidak-bidak Catur Iblis. Hlmn, 131 dan 132).

Pemodal antarabangsa telah Berjaya mempengaruhi kongres untuk meluluskan ‘Akta Bank Kebangsaan’ pada tahun 1863 yang memberi kuasa kepada satu korporat persendirian untuk mencetak dan mengeluarkan wang Amerika Syarikat. Akta tersebut diluluskan sungguhpun Presiden Abraham Lincoln membantahnya dengan kuat seraya berkata : “Saya melihat pada masa yang akan datang satu krisis yang menakutkan saya, menyebabkan saya merasa gentar lagi masa hadapan negara ini kerana korporat-korporat diberi kuasa. Satu era yang korup akan terjadi. Kuasa wang dalam negeri akan menggunakan prejudis-prejudis rakyat bagi meneruskan kuasa mereka sehingga harta kekayaan akan dikumpulkan oleh segelintir bilangan individu sahaja. Republik Amerika akan musnah.”

Pada Disember 23, 1913 Akta ‘Federal Reserve’ pula telah diluluskan oleh Kongres. Pada masa itu kebanyakan ahli kongres telah pulang ke wilayah masing-masing untuk merayakan cuti Krismas. Woodrow Wilson, presiden pada masa itu telah digunakan sebagai boneka oleh pemodal-pemodal elit antarabangsa. Pada zahirnya akta tersebut seolah-olah bertujuan menjaga kepentingan rakyat Amerika daripada manipulasi pemilik-pemilik bank Persekutuan Amerika Syarikat (FED) yang tidak dikenali. Walhal pada hakikatnya akta tersebut memberi kuasa yang lebih kepada pemilik bank ‘Federal Reserve’ untuk mencetak wang tanpa modal atau simpanan. Menurut Louis T.Mc Fadden, pengerusi Jawatankuasa ‘Bank dan Wang’ bagi Kongres Amerika Syarikat (1933): ‘Pada hakikatnya institusi FED menguasai semua yang di dalam kongres. Ia menguasai hal ehwal perhubungan luar negeri. Dia boleh menaikkan dan menurunkan kerajaan mengikut sesuka hatinya.’

Menurut Archibald Robert (1988), institusi bank antarabangsa menguruskan institusi kewangan Amerika Syarikat untuk kepentingan ahli-ahlinya di dalam dan di luar negeri. Dengan demikian institusi FED mempergunakan kesemua peringkat yang produktif di dalam masyarakat Amerika Syarikat bagi kepentingan segelintir bilangan individu elit yang tidak menghasilkan apa-apa. Ahli Kongres Patman (1952) telah mendedahkan bagaimana institusi FED telah mendapat keuntungan melalui dengan cara yang tidak dibenarkan oleh undang-undang negara. Caranya ialah, ‘Institusi FED mendapatkan wang yang dicetak oleh Institusi Pencetak (Bureau of Engraving and Printing) dalam bentuk wang ‘Federal Reserve Notes’ secara percuma. FED menukar ‘wang’ ini tanpa faedah dengan bon-bon (surat-surat perjanjian) kerajaan Amerika Syarikat yang dikenakan faedah. Bon-bon tersebut disimpan oleh FED. Faeadah yang dikenakan atas Kerajaan Amerika Syarikat bagi bon tersebut dimasukkan ke dalam akaun 12 bank FED. Institusi FED tidak pernah diaudit oleh Jabatan Audit Am selama ia wujud 40 tahun (1952)’. Institut FED bukan sahaja menguasai 12 Bank Simpanan Persekutuan tetapi menguasai juga semua institusi peminjam wang Amerika Syarikat. Terdapat bilangan pemilik saham yang memiliki FED berjumlah 300. Menurut Colonel Ely Garrison penasihat kewangan kepada Presiden Theodore Rooselvelt dan Presiden Woodrow Wilson, (semasa Akta Federal Reserve telah diluluskan) dalam bukunya bertajuk : Roosevelt, Wilson and the Federal Reserve Act: “Mr.Paul Warburg adalah pemodal bank yang bertanggungjawab untuk menyusun akta ‘Federal Reserve’. Perancang sebenar (mastermind) akta FED adalah Alfred Rothschild di London.’ Menurut Archibald Roberts pemilik-pemilik saham yang terbesar (Class A Stockholder) bagi FED adalah Rothschild Banks Of London dan Berlin Lazard Brothers Bank of Paris; Israel Moses Seif Banks of Italy; Warburg Bank of Hamburg and Amsterdam; Lehman Brothers Bank of New York; Kuhn, Loeb Bank of New York; Chase Manhattan Bank of New York dan Goldman Sachs Bank of New York. Ramai penulis yang lain mengesahkan bahawa institusi FED bukannya Institusi Kerajaan tetapi ia adalah satu institusi persendirian (korporat) yang terbebas daripada pengawalan audit kerajaan dan peraturan-peraturan yang diperlukan bagi sesuatu institusi kerajaan. Sebaliknya menurut perlembagaan Amerika Syarikat ,hanya “Kongres sahaja mempunyai kuasa untuk mencetak wang syiling dan menetapkan nilainya”. Menurut Des Griffin kuasa untuk mencetak wang (syiling) perlu dikembalikan semula kepada kongres bukan kepada institusi FED. Mereka menggunakan istilah ‘Federal’ untuk menipu rakyat. Melalui akta ‘Federal Reserve’ Amerika Syarikat dibahagikan kepada 12 daerah ’Federal Reserve’.

BAGAIMANA RAKYAT AMERIKA TERHUTANG KEPADA INSTITUSI FED

Bagaimana kerajaan Amerika Syarikat boleh jadi terhutang kepada institusi FED dengan jumlah wang yang sangat besar? Menurut US News dan World Report, pada 28hb Jun 1982 Amerika Syarikat telah terhutang sebanyak Satu TRILION dan faedah yang perlu dibayar atasnya setiap tahun ialah 115 bilion. 18 pada tahun 1990, jumlah hutang tersebut telah meningkat 5 trilion! Menurut Des Griffin caranya ialah institusi FED mencetak wang yang diperlukan untuk dipinjamkan kepada kerajaan dan kerajaan membayar faedah atasnya. Umpamanya kerajaan memerlukan satu billion dolar. Kerajaan mengarah FED untuk mencetak wang bernilai satu billion dolar. Sambil itu kongres mengarahkan Jabatan Kewangan untuk mencetak bon-bon (surat-surat perjanjian) Kerajaan Amerika bernilai satu billion untuk diserahkan kepada FED.

Kos untuk mencetak satu billion dolar tersebut yang dibayar oleh FED ialah lebih kurang sebanyak 500 dolar sahaja. FED seterusnya menukarkan satu billion wang ‘Federal Reserve Notes’ yang dicetaknya itu dengan bon-bon kerajaan. Syarat dalam pertukaran ini ialah kerajaan perlu membayar balik kepada institusi FED wang bernilai satu billion dolar (harga bon) campur dengan faedah di atasnya. Katakanlah faedah atas satu billion dolar bon-bon itu ialah 1% bersamaan 10 juta dolar setiap tahun. Kerajaan perlu meminta FED mencetak 10 juta dolar untuk membayar FED. Tetapi kerajaan akan memerlukan wang tambahan bagi tahun yang berikutnya umpamanya $1 bilion dolar bagi tahun yang berikutan. Bermakna sekurang-kurangnya kerajaan akan memerlukan FED mencetak $1 bilion wang tambahan dan tambah 10 juta dolar lagi untuk membayar faedah atas pinjaman tahun yang lepas. Dengan cara demikian kerajaan Amerika tidak akan terlepas daripada hutangnya kepada institusi FED. Malah hutang kerajaan akan bertambah lagi banyak.

Sebaliknya bagi institusi FED, ia telah memperolehi 1 bilion dolar dalam bentuk BON Amerika Syarikat sebagai harta! Oleh kerana undang-undang Bank Amerika Syarikat memerlukan hanya 10% simpanan (reserve). FED pula boleh meminjamkan $10 bilion kepada pelanggan-pelanggannya serta mengenakan riba atasnya. Melalui cara demikian, bagi institusi FED dengan perbelanjaan modal asal sebanyak $500 dolar sahaja bagi kos mencetak wang, FED boleh mengaut keuntungan dari riba daripada pinjaman 10 bilion ke