~ Rayuan Haji 1439HH / 2018M ~

ZURAIMI BIN BUANG / NOR HALIZAH BINTI MISRAN

No 4400. Jalan Suakasih 22/11,

Bandar Tun Hussein Onn,

43200 Cheras,

Selangor

Tel 1  :  013.384.4954 / Tel 2 : 019.264.4320

 

Tarikh : 7 Rabiul Awal 1439H / 26 November 2017M

 

Kepada : 

 

Bahagian Operasi Domestik

Lembaga Tabung Haji

Lantai 30,

Banguan Ibu Pejabat TH,

No 201, Jalan Tun Razak

50400 KUALA LUMPUR

 

Assalamualaikum wbt..

 

Tuan,

 

RAYUAN UNTUK MENDAPATKAN TEMPAT MENUNAIKAN HAJI BAGI TAHUN 1439H/2018M

 

Bil

Nama Penuh

No. Kad Pengenalan

No. Akaun TH /

No. Daftar Haji

Pertalian

1.

 

Zuraimi Bin Buang

Bin Demyati

690828-XX-XXXX

0607 0100 0093 776 / 

0607 1005 0316 0418A

Suami

2.

Nor Halizah Binti Misran

Bin Tawab

691126-XX-XXXX

0607 0100 0090 263 / 

0607 1005 0316 0459A

Isteri

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Dimaklumkan bahawa kami seperti nama dan alamat di atas memohon pihak Tabung Haji mempertimbangkan rayuan kami untuk menunaikan FARDHU HAJI. Kami amat berharap dan merayu dengan sepenuh hati agar kami diberikan peluang untuk menunaikan Fardu Haji pada tahun 2018M/1439H ini.

 

2.1.      Alasan 1 :       Ketika ini kami telah berusia 49 tahun dan dikurniakan kesihatan yang baik, mempunyai tenaga serta keupayaan sendiri untuk beribadah disana nanti, Justru itu kami ingin mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengerjakan Haji pada tahun 2018M/1439H.

 

2.2.      Alasan 2 :       Kami sudah bersedia dari segi kewangan dan akaun tabung haji kami telahpun mencukupi.

 

2.3.      Alasan 3 :       Kami telah mengikuti Kursus Haji Bersiri pada tahun 2012 di Surau AlAnsar Suakasih BTHO, tahun 2016 di Masjid Bandar Tun Hussein Onn dan seterusnya tahun 2018 ini juga di Masjid Bandar Tun Hussein Onn.

     

2.4.      Alasan 4 :       Kami boleh berkhidmat sebagai sukarelawan SAHABAT Tabung Haji sekiranya diperlukan  kerana kami telah ada pengalaman mengerjakan umrah pada tahun 2012 & 2015. Catatan perjalanan umrah kami ada dicatatkan dalam link yang berikut.

 

1.            http://www.e-kedai.com.my/travelogumrah2015.htm

2.            http://www.e-kedai.com.my/umrah2012.htm

 

Semoga kami berpeluang untuk membantu para jemaah untuk beribadah dengan lebih sempurna. Kisah kami membantu beberapa jemaah yang tersesat juga ada dimuatkan dalam travelog ini.

 

2.5.      Alasan 5 :       Selain untuk mengerjakan Ibadah Haji, saya juga berhasrat jika berkesempatan dan diizinkan untuk menulis travelog haji yang boleh dijadikan panduan kepada bakal Jemaah Haji untuk tahun-tahun yang mendatang memandangkan tahun 2018 ini merupakan tahun pertama perkhidmatan Haramain High Speed Train� akan beroperasi. Tentunya akan ada perbezaan pergerakkan untuk Jemaah yang akan berangkat dari Madinah, dari segi masa, tempat miqat, bagasi, bas transit dan sebagainya.

 

3. Justeru itu, kami betul-betul merayu dan amat berbesar hati serta bersyukur pada Allah sekiranya rayuan kami pada kali ini diterima dan diberi peluang untuk kami menyempurnakan Rukun Islam yang kelima ini

 

4. Semoga rayuan ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang wajar daripada pihak tuan. Segala perhatian tuan amat saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian.

 

Yang Mengharap Benar,

 

   

----------------------------                            -----------------------------------

Zuraimi Bin Buang                        Nor Halizah Binti Misran

No IC : 690828-XX-XXXX                     No IC : 691126-XX-XXXX

s.k :

Pengurus,                              -           Untuk tindakan/makluman tuan.

Tabung Haji Daerah Kajang

 

INFORMASI BERGUNA BERKAITAN HAJI

PENGERTIAN HAJI

Haji dari segi bahasa bermaksud mengunjungi.

Manakala dari segi istilah pula bermaksud mengunjungi Baitullah Al-Haram di Mekah untuk menunaikan segala perbuatan-perbuatan haji yang telah diperintahkan oleh Allah demi mengharapkan keredhaanNya pada masa tertentu dengan syarat-syarat tertentu.

RUKUN HAJI ADA 6 :-

1. Niat ihram mengerjakan haji

2. Wukuf di Arafah

3. Tawaf di Kaabah

4. Sa'ie di antara Bukit Safa dan Marwah

5. Bergunting atau bercukur rambut

6. Tertib pada kebanyakan rukunnya

1) Niat. - (Rukun Haji)

Niat terbahagi kepada jenis jenis haji 

2) Wukuf di Arafah (Rukun Haji)

 Wukuf maksudnya berhenti seketika di Arafah di antara waktu gelincir matahari hari ke-9 hingga terbit fajar hari yang ke-10 Zulhijjah. Tidak sah sekiranya ia dilakukan selepas waktu ini kerana terlepas bermalam di Muzdalifah. Adalah menjadi sunat sekiranya dapat dihimpunkan waktu zohor pada 9 Zulhijjah dengan asar pada waktu wukuf dengan jamak takdim.

3) Tawaf di Baitullah(Rukun Haji)

Tawaf bermaksud mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali dengan syarat-syaratnya.

JENIS-JENIS TAWAF

1. Tawaf Ifadhoh.(rukun)

2. Tawaf Qudum : Tawaf selamat datang dilakukan ketika mula-mula sampai ke Mekah.

3. Tawaf Wida� : Tawaf selamat tinggal dilakukan ketika hendak meninggalkan Mekah.

4. Tawaf Sunat

5. Tawaf Nazar : Tawaf yang dilakukan kerana menunaikan nazar yang telah dibuat.

SYARAT-SYARAT TAWAF

1. Suci daripada hadas besar pada badan, pakaian, tempat tawaf.

2. Menutup aurat.

3. Bermula pada sudut Al-Hajar Aswad dan berniat tawaf ketika itu.

4. Menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan

5. Bertujuan Tawaf bukan bertujuan lain.

6. Cukup 7 kali dengan yakin

7. Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar dari Hijir Ismail Syazarwan.

 

SUNAT-SUNAT TAWAF

1. Berjalan kaki

2. Berittiba� (berturutan) bagi tawaf yang diiringi dengan sae�i (lelaki)

3. Mengucup Al-Hajar Aswad / Istilam Rukun Yamani dan tidak mengucupnya.

4. Membaca zikir dan doa.

5. Berturutan 7 kali pusingan.

6. Tawaf dengan khusyuk dan tawadhuk.

7. Sembahyang sunat Tawaf.

4) Saie antara Safa dan Marwah (Rukun Haji)

Sae�i bererti berjalan berulang-alik di antara Bukit Safa dan Marwah sebanyak 7 kali.

SYARAT-SYARAT SAE'I

1. Dilakukan selepas Tawaf rukun / Tawaf Qudum.

2. Bermula dari Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah.

3. Sampai ke hujung setiap tempat Sae�i.

4. Berniat Sae�i semata-mata kerana Allah Taala.

5. Cukup bilangan 7 kali. Bilangan dikira sekali dari Bukit Safa ke Bukit Marwah.

 

SUNAT-SUNAT SAE'I

1. Berlari-lari anak bagi lelaki apabila sampai di tempat bertanda hijau.

2. Menghadap Qiblat dan melambai-lambai kedua-dua tangan serta bertakbir di Safa dan Marwah.

3. Keluar ke tempat Sae�i melalui Bab Al-Safa.

4. Berdoa.

5. Berwudhuk.

6. Berjalan kaki.

7. Berturut-turut.

5) Bercukur atau bergunting (Rukun Haji)

Bercukur bererti menggunting rambut atau menghilangkan sekurang-kurangnya 3 helai rambut di kepala dengan cara mencukur atau mengguntingnya.

Waktu bercukur adalah selepas melontar Jamrah Al-Aqabah pada 10 Zulhijjah.

6) Tertib(Rukun Haji)

WAJIB HAJI ADA 6 :-

1. Ihram di Miqat. - Niat ihram di Miqat tertentu

2. Bermalam di Muzdalifah

3. Melontar Jamrah Al-Aqabah.

4. Bermalam di Mina. - Bermalam di Mina selama dua atau tiga malam Tasyriq, iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah,

5. Melontar ketiga-tiga jamrah. - Melontar ketiga-tiga Jumrah pada hari tasyriq, iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah dan,

6. Meninggakan perkara-perkara yang haram semasa ihram. - 13 Perkara larangan dalam ihram

Wajib Haji ada enam perkara iaitu :-

1. Ihram di Miqat, - (Wajib Haji)

Miqat bermaksud sempadan waktu atau tempat untuk memulakan niat ihram haji atau umrah.

 

Miqat terbahagi kepada 2 :

a) Miqat Zamani : Sempadan masa yang ditentukan bagi ihram haji, bermula dari 1 Syawal hingga sebelum terbit fajar hari ke-10 Zulhijjah pada setiap tahun. Manakala bagi Umrah ialah sepanjang tahun.

b) Miqat Makani : Sempadan tempat yang telah ditetapkan disekeliling Mekah untuk ihram haji.

MIQAT MAKANI

1 Yalamlam � bagi jemaah haji yang melalui Lautan Hindi menuju ke Laut Merah. Jaraknya adalah leebih kurang 54 km dari Kota Mekah.

2 Zulhulifah � bagi para jemaah haji ang datang dari Madinah dan kawasan sekitarnya. Jarak lebih kurang 450 km dari Mekah.

3 Juhfah � Jemaah haji yang datang dari arah barat laut seperti penduduk Mesir dan Syria. Jaraknya lebih kurang 187 km dari Mekah pada arah barat laut.

4 Qarnul Manazil � bagi jemaah yang datang dari arah timur seperti penduduk Najd. Jaraknya lebih kurang 94 km dari Mekah.

5 Mekah (dari rumah mereka) � Untuk penduduk Mekah sendiri.

2, Bermalam di Muzdalifah.(Wajib Haji)

Jemaah haji wajib berada dan bermalam di Muzdalifah walaupun seketika. Waktunya ialah selepas tengah Malam 10 Zulhijjah hingga subuh.

3. Melontar Jamrah Al-Aqabah.(Wajib Haji)

Ertinya melontar 7 biji batu ke dalam takungan Jamrah Aqabah. Setiap lontaran hendaklah dengan hanya sebiji batu. Waktu untuk melontar di Jamrah Aqabah ini ialah Selepas tengah malam 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji) hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah Waktu afdal ialah waktu Dhuha pada 10 Zulhijjah.

4. Bermalam di Mina. (Wajib Haji)

Ertinya berada lebih dari separuh malam di Mina pada malam-malam hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

5. Melontar ketiga-tiga jamrah. - (Wajib Haji)

Melontar ketiga-tiga jamrah iaitu

Jamrah Al-Ula, 

Jamrah Al-Wusta dan 

Jamrah Al-Aqabah.  

Masing-masing dengan tujuh biji batu.

Waktu bagi melontar ketiga-tiga jamrah ialah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Waktu melontar bermula selepas terbit fajar pada 11 Zulhijjah sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.

Waktu yang paling afdhal ialah selepas tergelincirnya matahari 11,12 dan 13 Zulhijjah.

 

SYARAT-SYARAT MELONTAR

1. Melontar dengan menggunakan tangan. Jika tidak berkuasa atau berdaya, maka bolehlah digunakan tangan kiri, kaki ataupun mulut

2. Melontar dengan kaedah merejam bukannya seperti meletakkan batu, mencampak ataupun membuang

3. Niat melontar Jamrah tidak terpesong kepada tujuan-tujuan lain

4. Melontar dengan batu ataupun jenis-jenisnya

5. Memastikan batu lontaran masuk ke dalam takungan Jamrah dengan yakin

6. Melakukan lontaran dengan tertib - Dimulai dengan Jamrah Al-Ula - Dikuti dengan lontaran pada Jamrah Al-Wusta - Diakhiri dengan lontaran pada Jamrah Al-Aqabah.

7. Tidak boleh membuat lontaran bagi ketiga-tiga Jamrah pada 12 Zulhijjah jika tidak menyempurnakan lontaran pada hari sebelumnya. Demikian jugalah syaratnya bagi lontaran pada 13 Zulhijjah.

Signboard Menuju ke Jamrah

Jamrah Al-Ula

Jamrah Al-Wusta

Jamrah Al-Aqabah.

View Kawasan Jamrah.

6. Meninggakan 13 perkara-perkara yang haram semasa ihram. (Wajib Haji)

Perkara-Perkara Yang Dilarang Semasa Berihram Sebaik sahaja seorang itu berniat haji atau umrah maka wajiblah menjaga pantang larang ihram seperti berikut :
1. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya bagi lelaki, seperti memakai songkok, serban dan sebagainyatetapi tidak menjadi larangan sekiranya berteduh di bawah pokok atau payung.
2. Memakai pakaian bersarung sama ada berjahit atau sebagainya bagi lelaki seperti seluar, baju kemeja dan sarung kaki.
3. Menutup muka bagi wanita.
4. Memakai sarung tangan.
5. Memakai bau-bauan pada badan atau pakaian atau pada makanan, minuman atau menyedut ke dalam hidung.
6. Memakai minyak rambut pada kepala atau janggut.
7. Menanggalkan rambut atau menghilangkan mana-mana bulu pada anggota badan.
8. Mengerat atau membuang kuku.
9. Memotong, menebang atau mencabut pokok atau tumbuhan di Tanah Haram.
10. Memburu binatang buruan yang halal dimakan atau membinasakannya sama ada di Tanah Haram atau di Tanah Halal.
11. Bersetubuh.
12. Melakukan perkara pendahuluan bersetubuh seperti bercium, berkucup-kucupan atau berpeluk yang menaikkan nafsu syahwat.
13. Akad nikah sama ada ijab atau qabul untuk diri sendiri atau mewakili orang lain.
Antara Perkara-Perkara Yang Sunat dilakukannya sepanjang mengerjakan Haji ialah :-
1. Mandi sunat ketika memulakan niat ihram (Sunat Haji)
2. Mandi ketika hendak masuk ke kota Mekah
3. Mandi ketika hendak wukuf di Arafah
4. Solat sunat dua rakaat ketika hendak memulakan ihram
5. Membanyakkan membaca al-Quran dan zikir
6. Berdoa ketika bercukur
7. Mengucapkan talbiah sepanjang ihram hingga tahalul awal
8. Sembahyang dua rakaat selepas tawaf seeloknya di belakang makam Nabi Ibrahim
9. Bermalam di Mina pada 9 Zulhijjah
10. Tinggal di Arafah sehingga jatuh matahari pada 9 Zulhijjah

TAHALUL
Tahalul bermaksud keluar dari ihram haji atau umrah.
Tahalul terbahagi kepada dua, iaitu :
a) Tahalul Awal
b) Tahalul Thani

TAHALLUL AWAL
Tahalul awal dilakukan setelah selesai jemaah haji melakukan 2 dari tiga perkara :
1. Melontar Jumrah Al-Aqabah pada 10 Zulhijjah.
2. Bercukur
3. Tawaf
Seseorang yang telah selesai melakukan tahalul awal boleh melakukan perkara-perkara yang dilarang ketika ihram kecuali berwali nikah, bercumbu-cumbuan dan bersetubuh. 

TAHALLUL THANI
Tahalul Thani ialah selepas jemaah haji melaksanakan kesemua 3 perkara yang telah disebut di atas.
Seseorang yang telah selesai bertahalul thani, boleh melakukan semua perkara yang diharamkan semasa ihram.

Nafar ialah meninggalkan Mina dengan niat tidak akan kembali ke Mina semula.
Nafar terbahagi kepada 2 iaitu :
a) Nafar awal
b) Nafar Thani

NAFAR AWAL
Nafar awal ialah meninggalkan Mina pada 12 Zulhijjah tanpa bermalam pada 13 Zulhijjah dan juga tidak melontar jumrah pada 13 Zulhijjah.

SYARAT-SYARAT MELAKUKAN NAFAR AWAL
1. Keluar dari Mina selepas gelincir matahari pada 12 Zulhijjah.
2. Selesai melontar ketiga-tiga jumrah.
3. Telah bermalam selama dua malam di Mina, iaitu pada malam 11 dan 12 Zulhijjah.
4. Berazam tidak akan datang lagi ke Mina pada musim itu.
5. Keluar dari Mina dengan niat melakukan Nafar awal.

HIKMAH NAFAR
1. Memberi kelonggaran kepada jemaah haji yang ada urusan lain.
2. Memberi peluang kepada jemaah haji dengan memendekkan waktu beribadat.

NAFAR THANI
Segala perbuatan dilakukan seperti biasa iaitu melontar pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah.

DAM

Dam pada bahasa bererti darah dan pada Istilah hukum syarak bererti denda yang dikenakan ke atas seseorang yang mengerjakan haji atau umrah kerana meninggalkan perkara-perkara wajib haji atau melakukan perkara-perkara yang dilarang.

HIKMAH DAM

1. Menampung kekurangan dalam ibadat haji.

2. Berhati-hati melaksanakan Ibadat haji.

3. Meringankan bebanan jemaah haji.

 

Dam terbahagi kepada 4 jenis iaitu : Dam tertib takdir, Dam tertib takdil, Dam takhyir takdir dan Dam takhyir takdil.

JENIS-JENIS DAM

JENIS DAM

KESALAHAN

BAYARAN

1) Dam tertib takdir

Iaitu dam dibayar mengikut susunan (tertib). Kemampuan dam perlu mengikut ketetapan syarak (takdir)

Dam ini tidak boleh dipilih atau diganti.

1) Tidak berihram di miqat

2) Mengerjakan haji secara qiran atau tamattuk

3) Luput waktu di Arafah

4) Tidak bermalam di Mina

5) Tidak melontar jamrah

6) Tidak menepati Nazar yang berkaitan ibadat haji

Menyembelih seekor kambing

Sekira tidak mampu

Berpuasa 10 hari , 3 hari di Makkah dan 7 hari apabila pulang ke tempat masing-masing

7) Tidak melakukan tawaf wida'

Bagi jemaah haji yang meninggalkan tawaf wida� hendaklah berpuasa 3 hari setelah berlepas dari Mekah dan 7 hari.

JENIS DAM

KESALAHAN

BAYARAN

2) Dam tertib takdil

Ialah dam yang boleh ditaksirkan (harganya) dan boleh ditukar kepada benda lain mengikut kemampuan masing-masing

1) Melakukan persetubuhan sebelum tahalul pertama (membatalkan haji)

Sekira tidak mampu

Menyembelih seekor Unta

Sekira tidak mampu

Menyembelih seekor Lembu

Sekira tidak mampu

Menyembelih 7 ekor kambing

Sekira tidak mampu

Membeli makanan dengan nilai harga unta dan disedekahkan kepada fakir miskin.

Sekira tidak mampu

Berpuasa beberapa hari mengikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli dengan seekor unta.

2) Terhalang daripada memasuki Mekah setelah berniat ihram.

Menyembelih seekor kambing dan bercukur

Sekira tidak mampu

Membeli makanan dengan nilai harga kambing dan bercukur

Sekira tidak mampu

Membeli makanan dengan harga kambing disedekahkan kepada akir miskin

Sekira tidak mampu

Berpuasa beberapa hari mengikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli dengan nilai harga kambing.

JENIS DAM

KESALAHAN

BAYARAN

3) Dam takhyir taqdir

Boleh ditunaikan mengikut pilihan sendiri (takhyir)

1) Memakai pakaian yang bersarung atau berjahit bagi lelaki

2) Memakai bau-bauan.

3) Memotong kuku.

4) Bersetubuh kali kedua sebelum tahalul awal

Menyembelih seekor kambing dan disedekahkan kepada fakir miskin

Atau

Bersedekah 2 cupak makanan kepada enam orang fakir miskin

Atau

berpuasa selama 3 hari

JENIS DAM

KESALAHAN

BAYARAN

4) Dam takhyir takdil

Ialah pembayarannya bergantung kepada pilihan sendiri dan tidak ditetapkan tetapi berdasarkan harga sebanding.

1) Berburu binatang darat.

2) Menebang, memotong, atau mencabut pohon d Tanah Haram.

Menyembelih binatang ternakan yang sebanding dengan binatang buruan itu.

Atau

Membeli makanan dengan nilai harga binatang buruan itu.

Atau

Berpuasa mengikut bilangan cupak makanan yang dibeli dengan harga binatang buruan itu.  

Jenis-Jenis Haji

Haji ifrad ialah mengerjakan haji dan umrah secara berasingan sama ada mengerjakan haji sahaja dalam bulan haji sehingga selesai perkara perkara rukun dan wajib haji, kemudian barulah mengerjakan umrah atau sebaliknya. Haji Ifrad lebih afdal daripada haji-haji lain.

Niat haji ifrad :

Maksudnya : Sahaja aku berihram dengan haji kerana Allah Taala

Cara mengerjakannya :~>

 

Haji tamattuk ialah mengerjakan umrah terlebih dahulu dalam bulan haji kemudian mengerjakan haji pada bulan yang sama.
Niat haji tamattuk adalah sama dengan niat haji ifrad akan tetapi didahului dengan niat umrah.

CARA MENGERJAKAN HAJI TAMATTUK ~>
KELEBIHAN DAN KEBAIKAN HAJI TAMATTUK

1. Memberi kemudahan kepada jemaah haji untuk berehat.
2. Memberi kemudahan kepada jemaah haji yang kesuntukan masa untuk mengerjakan haji. 
3. Waktu ihram yang pendek. 

KEKURANGAN HAJI TAMATTUK 
1. Kurang fadhilatnya berbanding dengan haji ifrad 
2. Melakukan haji dengan cara tamattuk ini dikenakan dam (denda). 

PERBEZAAN ANTARA HARI IFRAD DAN HAJI TAMATTUK 

Haji Ifrad

Haji Tamattuk

Mengerjakan haji dalam bulan haji kemudian baru mengerjakan umrah Mengerjakan umrah terlebih dahulu dalam bulan haji kemudian mengerjakan haji.  
Tidak dikenakan dam Dikenakan dam  
Lebih afdal Kurang fadhilat  

. 

Haji qiran ialah mengerjakan haji dan umrah secara serentak dengan bernaiat ihram kedua-duanya sekali.

Niat haji qiran :

Maksudnya : Sahaja aku berihram dengan haji dan umrah kerana Allah Taala.

 

CARA MENGERJAKAN HAJI QIRAN : ~>

 

Legend : 

Rukun

Wajib

Sunat

.

Sebagai umat Islam, kita diwajibkan menunaikan haji ataupun umrah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup apabila berkemampuan. Saperti firman Allah Ta'ala dalam Surah Ali Imran, ayat 97 :

"Dan Allah mewajibkan keatas manusia mengerjakan haji dengan mengunjungi Baitullah bagi sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Siapa yang kufur (ingkar kewajipan haji) maka sesungguhnya Allah maha kaya (tidak berhajatkan sesuatu apa pun daripada sekalian makhluk)."

RENUNG DAN FIKIR
~> Jarak untuk TAWAF keliling Ka'abah 7 pusingan sejauh 500m - 1.0km x 7 Pusingan = 7km.
~> Jarak SAIE dari Safa ke Marwah 450m+- (ada yang kata 405m, ada yang kata 415m). 450m x 7 pusingan = 3.15km.
~> Jarak ke JAMRAH melalui terowong & jalan sepanjang 3.5KM+-. 

(Jika kena duduk di Mu'assir (Mina 2), dalam 5km -7km ke kawasan Jamrah. Pergi balik dah 10km)
~> Jarak antara JAMRAH KE JAMRAH. Ada 3 jamrah kesemuanya.
~> Jarak antara Jamrah Ula ~> Jamrah Wusta 247m+-.
~> Jarak antara Jamrah Wusta ~> Qubra 200m+-
~>10 hb melontar di Jamrah Kubra (jamrah paling jauh, perlu melalui jamrah ula dan wusta dahulu). 

11hb, 12hb, 13hb kena melontar di ketiga-tiga jamrah.
~> Khemah <~> jamrah 10km x 4 hari di Mina = 40km
~> Jarak dalam kawasan Jamrah Ula + Wusta + Qubra = 447m x 4 hari = 1.78km

JARAK UNTUK MENDAPAT
HAJI = 51.93KM+-
UMRAH = 10.15KM+-

p/s- semua jarak diatas tidak termasuk ke tandas,utk makan minum, hotel <~> masjid, Mudzalifah, Arafah dan lain-lain lagi.

Kesimpulannya..... Pergi pada Usia Muda. 

~ Rayuan Haji 1439HH / 2018M ~