Tips & Ilmu : Berbaloikah Berhutang Untuk Membeli Emas?
Hasil
daripada pemerhatian saya sepanjang bergiat dalam bidang perniagaan emas
ini, ramai yang bertanyakan soalan seperti ini kepada saya. Jawapan saya
semestinya "Berbaloi!!"
Katakan pula jika anda menggunakan konsep Leveraging & Compounding mengikut perkiraan berikut :
1- Beli emas RM 100k pajak
dapat RM 70k 2- Beli lagi emas RM 70k pajak
dapat RM 49k Cukup sampai setakat itu sahaja, baki di tangan RM 49k standby untuk bayaran upah simpan selama 4 tahun (Jika kadar upah 0.6%). Jadi sekarang nilai emas anda adalah sebanyak RM 170k dan anggarkan dalam "Worst Case Scenario", iaitu kenaikan tahunan hanya 15% sahaja.
Tahun 1 - RM 170,000 x 15% = RM 25,500 (Nilai emas anda telah menjadi RM 195,500) Tahun 2 - RM 195,500 x 15% = RM 29,325 (Nilai emas anda telah menjadi RM 224,825) Tahun 3 - RM 224,825 x 15% = RM 33,723 (Nilai emas anda telah menjadi RM 258,548) Tahun 4 - RM 258,548 x 15% = RM 38,782 (Nilai emas anda telah menjadi RM 297,330) Cari pembeli dan jualkan emas anda sekadar untuk menebus semua emas dengan membayar semula pinjaman sebanyak RM 119,000 dari Ar-Rahnu (RM 70,000 + RM 49,000).
Setelah anda membayar semula RM 119,000 kepada Ar-Rahnu, kini nilai bersih emas di tangan anda ialah sebanyak RM 178,330.00!!!!
Untuk
langkah seterusnya anda boleh pilih samaada : a)
Pajakkan semula dan gunakan tunai hasil pajakan itu untuk menjelaskan
pinjaman modal RM 100k kepada bank. ---->> Kelebihannya - anda masih mempunyai emas bernilai RM 178,330.00 ---->>
Kekurangannya - anda perlu merancang semula bagaimana mahu membayar upah
simpan b) Jualkan emas yang bernilai RM 100k dan jelaskan kesemua hutang modal anda kepada bank.
---->> Kelebihannya - anda mempunyai aset emas bersih bernilai RM 78,330.00 secara percuma. ---->> Kekurangannya - anda kehilangan peluang menggandakan nilai pelaburan anda kepada jumlah yang lebih besar.
Jika dikira secara logik, 15% x 4 tahun = 60%, jadi sepatutnya pada tahun ke-4 nilai emas anda hanyalah RM 160,000.00 sahaja.
Tapi jika anda mengurusnya secara bijak menggunakan konsep Leveraging & Compounding, % pulangan yang anda perolehi pada tahun ke-4 mencecah 197.33%, sekaligus menjadikan nilai pelaburan anda pada ketika itu menjadi RM 297,330.00!!!
Ini hanya dalam tempoh 4 tahun dan pengiraannya adalah berdasarkan keadaan "Worst Case Scenario", bagaimana jika dalam keadaan "Good Market Scenario" seperti keadaan sekarang ini?
Agak2 berapa profit margin selama tempoh 4 tahun itu?
Saya fikir anda sendiri boleh mempertimbangkan sama ada berbaloi atau tidak jika membuat pinjaman untuk pelaburan emas fizikal!
|