~ Pakej Umrah Terbaik ~

 

PENGENDALI UMRAH YANG DIIKTIRAF KERAJAAN ARAB SAUDI

KEPAKARAN TH Travel & Services Sdn. Bhd (THTS) adalah menyelesaikan MASALAH  yang sering kali dihadapi oleh Jemaah Umrah Dengan Menyediakan Pelbagai Kategori Pakej Umrah dan Ziarah Yang Terbaik, Sempurna dan Selesa dengan Harga yang Berpatutan. Pengalaman menguruskan Jemaah Haji & Umrah selama lebih 48 tahun dengan Merealisasikan Tanggungjawab Sebaik Mungkin kepada Para Jemaah Dengan Menitikberatkan Konsep 3K iaitu Keselesaan, Kemudahan dan Keyakinan Untuk Beribadah dengan Penuh Ketenangan Berbekalkan Ilmu Yang Mantap dalam Menyuburkan Iman di Bumi Barakah - In Shaa ALLAH. 

DAFTER SEGERA..!!! TEMPAT TERHAD....!!!

JADUAL PAKEJ PENERBANGAN & ANGGARAN HARGA PAKEJ UMRAH TABUNG HAJI TRAVEL

Harga Pakej Umrah adalah bergantung kepada Jenis Pakej yang dipilih. Sila maklumkan kepada pihak kami Jenis Pakej serta Anggaran Tarikh Penerbangan yang dipilih dengan mengisi Borang Hubungi yang terdapat dibawah. .

HARGA PAKEJ UMRAH MELIPUTI PERKARA-PERKARA BERIKUT :

Tiket Penerbangan Pergi Balik KLIA -Jeddah - KLIA.

(Penerbangan ikut pakej samada MAS, Saudia, atau Catar)

Cukai Lapangan Terbang Semasa Pergi & Balik.

- Penerbangan terus KLIA - Jeddah - KLIA tanpa transit. 

Penginapan 3 Malam di Madinah dan Hari Selebihnya di Mekah. (Hotel mengikut Pakej)

Makanan dan Minuman 3 kali sehari (Sarapan Pagi, Makan Tengahari & Malam)

Ziarah tempat2 bersejarah di  Madinah.

  • Makam Rasullullah SAW & Raudhah, Perkuburan Baqi’, Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, Medan Peperangan Khandaq & Ladang Kurma

  • Lawatan tertakluk kepada kesempatan masa yang ada.

Ziarah tempat2 bersejarah di Mekah.

  • Padang Arafah / Jabal Rahmah / Muzdalifah / Mina, Masjid Ja’ranah (Miqat Umrah 2),                                                Masjid Hudaibiyah (Miqat Umrah 3)

  • Lawatan tertakluk kepada kesempatan masa yang ada.

3 kali Umrah PERCUMA (Miqat di Jaa’ranah / Hudaibiyah)

5 Liter Air Zam-Zam

Khidmat Mutawif yang Berpengalaman di Mekah & Madinah disediakan untuk membimbing ibadah & kebajikan jemaah.

Jemaah akan diiringi Ketua Rombongan @ Mutawwif  untuk terbang bersama jemaah dari awal sehingga akhir perjalanan.

Majlis Pengisian Ilmu semasa di Tanah Suci bersama-sama Ustaz-ustaz berpengalaman

Kursus Umrah Intensif bagi persiapan dan penyediaan sebelum ke Tanah Suci.

Pengangkutan Bas yang Selesa dan Berhawa Dingin.

Proses Permohonan VISA dilakukan oleh pihak THTS.

Perlindungan Takaful Pengembaraan

Tag Nama Pengenalan.

HARGA MENGIKUT PAKEJ :

Hotel yang berdekatan dengan Masjid dan Selesa :

HOTEL DI MAKKAH DAN DI MADINAH

HARGA MENGIKUT PAKEJ :

AKAN DIKEMASKINI AKAN DIKEMASKINI

CONTOH HOTEL & PENGINAPAN :

Hotel yang berdekatan dengan Masjid dan Selesa :

1. Lokasi Hotel ~ contoh

2. Gambar Hotel ~ contoh

3. Lobi Hotel ~ contoh

4. Dewan Makan Hotel ~ contoh

5. Bilik Hotel ~ contoh

1. Lokasi Hotel ~ contoh

2. Gambar Hotel ~ contoh

3. Lobi Hotel ~ contoh

4. Dewan Makan Hotel ~ contoh

5. Bilik Hotel ~ contoh

URUSAN TEMPAHAN PAKEJ UMRAH

Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi pihak kami.

Tempahan Di Buka  untuk Pendaftaran Awal bagi mengelakkan tarikh yang dipilih telah penuh.

Jangan Lepaskan Peluang ini, Segeralah mendaftar mengikut perancangan tarikh anda.

 

Sila isikan Borang Hubungi dibawah untuk membolehkan pihak kami menghubungi anda.

Sebarang pertanyaan, Tempahan dan lain-lain perkara yang berkaitan Pakej Umrah yang ditawarkan:

.

Tel 

: 019.388.1581 - Ustaz Hj. Ahmad Nazri. (Mantan Iman Masjid KLCC)

Email 

: admin@e-kedai.com.my

Web 

: www.E-KEDAI.com.my/pakejumrah.htm

Facebook

: www.facebook.com/pages/Pakej-Umrah-Ziarah/289515251159820

.

Untuk membuat Pendaftaran dan Pembayaran Tempahan PAKEJ UMRAH, anda perlu untuk membuat :    

  • Bayaran Wang Pendaftaran sebanyak RM1000.00 seorang untuk Tempahan Prasarana (Visa, Pengangkutan & Penginapan)

  • Baki hendaklah dijelaskan 45 hari sebelum tarikh berlepas.

  • Pembayaran hendaklah dibuat secara tunai atau ‘bank-in’ kedalam Akaun yang berikut atas Nama 

TH Travel & Services Sdn. Bhd :

BANK ISLAM - No. Akaun :

14032010022000

  • Harga Pakej adalah ANGGARAN dan tertakluk kepada perubahan semasa.

  • Tempat Penginapan dan Jadual Penerbangan tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.

“SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH UMRAH”

KESELESAAN, KEMUDAHAN DAN KEYAKINAN UNTUK BERIBADAH DI BUMI BARAKAH”

LIVE TV

Sebelum Berangkat Ke Tanah Suci,  Ada baiknya Biasakan diri anda dengan persekitaran Masjidil Haram & Masjid Nabawi dengan melihat Siaran Langsung 24 Jam. Boleh Search di GOOGLE dengan keyword  "Live Makkah"

Masjidil Haram

http://makkahlive.net/makkahlive.aspx

http://makkahlive.net/tvcamera.aspx

http://makkahlive.net/tvhd.aspx

.

Masjid Nabawi

http://makkahlive.net/madinalive.aspx

 

Anda Boleh "rasa suasana" sebelum anda sampai ke sana.

 

Sebarang Pertanyaan

 @ Ingin mengetahui Maklumat lanjut Mengenai Pakej-Pakej yang disediakan.

Sila lengkapkan Borang Dibawah ini

Borang Hubungi

Sila isikan borang dibawah lengkap dengan data yang benar dan sah sahaja. Sebarang maklumat palsu adalah dilarang sama sekali. 

IP anda akan direkod untuk tujuan keselamatan.

* menandakan ruangan tersebut WAJIB di isi.

 

Nama Penuh Anda

:

*

Alamat Email Anda

:

*

No.Telefon Anda

:

*

Tajuk Pesanan &

Lokasi Anda

:

*

Kandungan Pesanan

Detailkan Pertanyaan anda untuk memudahkan pihak kami menjawabnya

:

*

 

  

INFORMSI BERGUNA

ATURCARA AM UMRAH MASUK MEKAH / MADINAH

Copyright www.E-KEDAI.com.my

RANGKAIAN NIAGA   

www.E-KEDAI.com.my

PAKEJ UMRAH TERBAIK

PAKEJ HAJI SWASTA

TASBIH DIGITAL

GARAM BUKIT HIMALAYA

SAMPING SONGKET BORONG

BUTANG BAJU MELAYU

MAAJUN PERANCANG ASLI

NURRAYSA

SUSU SUFFY - STOKIS ONLINE 

PRODUK HABBATUS SAUDA

LITTLE TREES - PEWANGI KERETA

BROOCH / KERONGSANG

BANTAL PANAS TUNGKU MODEN

BANTAL SEJUK / TILAM SEJUK

APAM MEKAR

FACEBOOK KAMI

RUANG NIAGA KAMI

 

~ Pakej Umrah Terbaik ~

 

60 TIPS 1 MINGGU SEBELUM MELAKSANAKAN UMRAH

1. Hubungi pihak agensi pengendali Umrah anda dari semasa ke semasa untuk memastikan urusan berkaitan dengan ibadah anda itu berjalan lancar mengikut perancangan seperti kelulusan Visa Umrah, pengesahan jadual penerbangan, tempahan hotel dan penginapan, jadual perjalanan dan perziarahan serta pengagihan bilik-bilik penginapan.

2. Jangan bimbang dan gusar dengan merasakan perbuatan anda yang banyak bertanya dan mengambil tahu itu akan disalah tafsirkan oleh pihak agensi sebagai terlalu cerewet atau kaki sibuk kerana anda berhak untuk tahu kedudukan sebenar tentang program anda itu.

3. Anda membayar untuk perkhidmatan mereka dan bayarannya pula bukannya murah. Mereka berkewajipan untuk memberitahu setiap pelanggan mereka maklumat serta kedudukan yang sebenar terhadap setiap perancangan yang mereka lakukan itu.

4. Mula menyediakan barang-barang keperluan yang bakal di bawa ke tanah suci kelak. Anda harus bijaksana dalam membawa barang-barang keperluan tersebut kerana dikhuatiri anda akan membawa bebanan yang tidak perlu dan sia-sia. Perlu diketahui bahawa had maksima bagi penerbangan pergi ialah 20 kilogram sahaja manakala dalam penerbangan balik had berat maksima bagi sesuatu barangan atau bagasi tidak boleh melebihi 30 kilogram. Perlu juga diakuri bahawa setiap lebihan kilo akan dikenakan penalti setiap kilogram.

5. Sediakan sebuah beg besar untuk mengisi barang-barang keperluan seperti sepasang telekong (bagi wanita), dua pasang tuala ihram (bagi lelaki), dua pasang pakaian untuk bersolat, dua pasang pakaian untuk bersiar-siar serta dua pasang pakaian untuk tidur dan dua pasang selipar.

6. Jangan membawa lebih daripada itu kerana ia akan memakan ruang dan mejejaskan had berat untuk bagasi penerbangan balik nanti. Adalah lebih bijak sekiranya ruangan dan had berat itu di khususkan untuk membeli cenderahati seperti pakaian, sejadah, buah kurma, kismis dan seumpamanya yang amat murah di tanah suci. Tambahan pula urusan membasuh serta menyidai pakaian ada disediakan di setiap tempat penginapan. Lagi pun harga untuk upah dobi (mencuci serta menggosok) pakaian juga amat berpatutan dan murah.

7. Gunakan beg galas yang dibekalkan oleh pihak agensi untuk membawa peralatan perlu di dalam perjalanan seperti berus dan ubat gigi, ubat-ubatan serta makan-makanan. Tidak perlu membeli beg galas yang lain kerana beg galas yang dibekalkan oleh pihak agensi lengkap dengan lambang serta logo agensi lebih relevan untuk digunakan dan boleh menjadi tanda pengenalan sekiranya ditakdirkan anda terpisah daripada kumpulan atau beg berkenaan tercicir atau tersalah ambil oleh jemaah lain.

8. Beg galas ini boleh di bawa ke dalam pesawat sebagai bagasi kabin atau ‘hand luggage’. Tiada had berat yang khusus bagi beg ini tetapi dinasihatkan supaya tidak melebihi 10 kilogram untuk memastikan supaya ia tidak menjadi bebanan kepada anda sewaktu membawanya menaiki dan menuruni pesawat kelak terutama sekiranya penerbangan anda itu terpaksa berhenti untuk transit atau persinggahan sementara.

9. Tulis nama, alamat lengkap dan nombor anda pada setiap beg berkenaan. Peraturan ini amat perlu dipatuhi bagi memastikan beg-beg tersebut mudah dikenali, tidak tersalah ambil dan mudah diserahkan kepada pemiliknya sekiranya tercicir atau tersalah letak sewaktu penerbangan kelak. Sila tulis dengan terang menggunakan pen marker serta mudah dibaca oleh pihak-pihak yang berkaitan.

10. Beri satu penanda khusus seperti gumpalan riben berwarna atau roset berbentuk gubahan bunga daripada tali raffia atau riben kertas berwarna dan ikatkan pada cangkuk pengangkat beg berkenaan. Ini bertujuan untuk memudahkan anda mengenali beg anda itu terutama sewaktu proses pengutipan bagasi di lapangan terbang.

11. Sila bawa tali guni, pita pelekat, pen marker dan seumpamanya untuk di gunakan bagi mengikat kotak-kotak berisi kurma, kismis, buku-buku dan sebagainya untuk di bawa balik kelak. Lazimnya benda-benda ini banyak didapati di tanah suci namun kualitinya tidak berapa baik berbanding dengan bahan yang terdapat di tanah air kita. Tali guni yang terdapat di tanah suci sebaliknya mereka menjual tali pengikat jenis nylon yang licin dan mudah terungkai apabila diikat.

12. Ikatan pada kotak serta beg-beg besar anda itu perlu kuat dan kukuh bagi memastikan ia tidak mudah putus atau pecah di sepanjang perjalanan yang amat lasak itu. Mengikut pengalaman, petugas-petugas yang menguruskan setiap barangan serta bagasi anda itu tidak begitu ‘mesra pelanggan’ dan kekasaran tindakan mereka itu boleh menyebabkan beg atau bagasi anda pecah atau terburai. Jesteru, anda memerlukan beg yang tahan lasak serta ikatan yang kuat dan kukuh.

13. Laksanakan niat dan hajat untuk mengadakan kenduri kesyukuran dalam minggu ini. Sebaik-baiknya kenduri tersebut janganlah menjejaskan bajet dan kedudukan kewangan anda dan juga janganlah menyebabkan anda penat dan tergugat kesihatan diri serta kestabilan emosi dan perasaan anda.

14. Perlu difahami bahawa mengadakan kenduri kesyukuran sebenarnya tidak disyariatkan dalam urusan ibadah Umrah dan tidak pula menjadi suatu kesalahan atau kehinaan sekiranya tidak dilakukan. Sebaliknya ia boleh bertukar menjadi suatu fitnah dan prasangka buruk oleh pihak yang cemburu serta tidak serasi atau sealiran dengan anda dimana mereka akan menggap kenduri untuk mengerjakan Umrah itu sebagai riak dan usaha untuk menunjuk kekayaan atau kebaikan diri.

15. Bagi mengatasi masalah fitnah dan prejudis berkenaan, disyorkan supaya anda melaksanakan hajat dan hasrat berkenaan di masjid atau surau tanpa pengetahuan sesiapa. Serahkanlah wang dan tanggungjawab tersebut kepada ahli jawatankuasa surau atau masjid untuk melaksanakannya bagi pihak anda kerana Allah Maha Mengetahui setiap niat itu meskipun tidak dizahirkan melalui kata-kata atau ungkapan. 

16. Sahkan wakil penjaga bagi anak-anak serta harta benda seperti rumah, kereta dan sebagainya sama ada dari kalangan saudara mara atau sahabat handai terdekat sepanjang berada di tanah suci bagi menyempurnakan ibadah Umrah anda itu.

17. Pasrahi hati dan keyakinan diri serta berikan sepenuh kepercayaan kepada wakil yang telah diamanahkan itu kerana Umrah yang Berjaya memerlukan ketenangan jiwa serta penyerahan diri yang mutlak dan tidak berbelah bahagi kepada Allah SWT.

18. Wakil amanah yang dilantik itu perlu dimaklumkan tentang apa jua tanggungjawab yang anda kehendaki untuk dilaksanakan supaya ia mengetahui apa kehendak serta pengharapan anda kepadanya. Lafazkan akad penyerahan dan penerimaan tanggungjawab agar ia menjadi sesuatu yang sah dan perlu diberikan sepenuh perhatian atau tumpuan.

19. Tinggalkan wasiat secara bertulis tentang apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh wakil amanah yang dilantik itu sekiranya berlaku kematian di tanah suci kerana ajal dan maut tidak dapat diramalkan dan tiada sesiapa yang mengetahui bila, di mana atau bagaimana ia akan berlaku.

20. Tarbiah anak yang bakal ditinggalkan supaya mereka tidak berasa kecil hati atau tersinggung perasaan kerana tidak dibawa bersama. Tegas dan nyatakan kepada mereka bahawa pemergian itu adalah sebahagian daripada tuntuan ibadah dan syariat Allah SWT yang difardukan-Nya ke atas setiap orang dewasa yang telah berkemampuan manakala kanak-kanak belum lagi dituntut berbuat demikian.

21. Tegaskan juga bahawa sebaik-baiknya ibadah Umrah ini wajib dilaksanakan wang hasil daripada usaha dan titik peluh sendiri setelah mereka dewasa kelak. Semoga dengan alasan dan rasional anda itu mereka akan pasrah dan redha serta mendoakan pemergian anda ke tanah suci berkenaan. Jika tidak mereka akan mendengus dan merajuk di atas apa yang mereka anggap sebagai suatu ketidakadilan anda terhadap mereka.

22. Mantapkan lagi pemikiran minda serta kepasrahan niat dan ketulusan matlamat anda menunaikan ibadah Umrah itu dengan meningkatkan lagi amalan solat sunat tahajjud, tasbih, taubat dan hajat anda supaya amalan berkenaan boleh menjadi dinding atau benteng yang kebal dan kalis daripada tipu daya dan muslihat berhelah iblis dan syaitan.

23. Perlu diinsafi bahawa sesungguhnya makhluk terlaknat itu amat terkenal dengan kegigihan serta semangat tidak mudah menyerah kalah dan berputus asa. Mereka akan menggembelingkan sepenuh tenaga dan usaha dalam jangka masa satu minggu sebelum berangkat ini untuk merangka strategi dan melaksanakan pelan tindakan yang paling dinamik bagi menggagalkan hasrat suci anda itu.

24. Pohonkan dengan setulus hati dan sekujur perasaan dalam solat hajat berkenaan agar anda terhindar daripada segala pujuk rayu dan tipu daya iblis dan syaitan itu. Pohonkan juga agar Allah tidak mendatangkan sebarang musibah yang boleh membantut serta menggagalkan hasrat murni anda itu.

25. Pasrahi hati, jiwa dan perasaan anda dengan zikir-zikir yang boleh mencetuskan keyakinan serta kesepaduan minda anda dalam menyerahkan diri serta kebergantungan anda kepada Allah SWT. Kepasrahan tersebut mampu menolak atau menepis tusukan panah beracun iblis dan syaitan yang akan menimbulkan serta menyuntikkan rasa gelisah, was-was, ragu-ragu, bimbang dan seumpamanya dalam diri, minda serta jiwa raga anda.

26. Tentang serta lawan habis-habisan perasaan dan pemikiran melalut dan beraneka andaian negri dan trajis yang sengaja diada-adakan oleh iblis dan syaitan bagi memporak-perandakan kestabilan minda, jiwa, emosi dan perasaan anda.

27. Serahkan diri dan keyakinan anda secara total kepada qada’ dan qadar Allah SWT. Yakini maksud hadith yang menyebutkan bahawa setiap jemaah Umrah itu adalah TETAMU ALLAH dan setiap doa mereka akan dimakbulkan oleh-Nya. Sehubungan itu banyakkan berdoa serta ikhlaskan hati sekujurnya ketika melampiaskan doa dan harapan tersebut.

28. Mantapkan amalan solat berjemaah hingga menjadi suatu keresahan dan kerinduan jika terlepas dan menjadi suatu kenikmatan yang tiada terhingga sekiranya Berjaya dilaksanakan sebanyak lima kali sehari semalam itu.

29. Konsep berjemaah ini amat penting dibudayakan pada diri para peserta bakal-bakal jemaah Umrah kerana ia adalah teras utama kepada ibadah Umrah atau Haji bukan sahaja dalam aspek solat tetapi juga dalam aspek lain seperti berkongsi bilik penginapan, tandas, bilik air, makan minum juga sewaktu berziarah dan seumpamanya.

30. Cekalkan diri dalam apa jua majlis yang melibatkan suasana berjemaah kerana kebiasaan dan kecekalan terhadap suasana dan cabaran itu akan memudhakan anda bercampur aduk dalam kelompok jemaah yang lebih besar seperti dalam Masjidil Haram yang sentiasa padat dan penuh sesak itu serta tidak canggung atau kekok menghadapi suasana berhimpit-himpit, berasak-asakan serta bertolakan semasa menunaikan ibadah tawaf dan saie itu kelak. 

31. Suburkan lagi kecintaan dan kerinduan anda kepada tempat-tempat yang bakal anda ziarahi seperti Baitullah atau Kaaba, Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Makam Rasulullah, Raudhah, Hajar Aswad, Makam Ibrahim, Padang Arafah dan sebagainya lagi itu sehingga mampu mewujudkan perasaan ghairah, teruja serta tidak sabar untuk menghadirkan diri padanya atau menjejakkan kaki ke tempat-tempat tersebut.

32. Renungi gambar atau visual tempat-tempat berkenaan menerusi poster-poster yang dijadikan perhiasan dinding rumah serta rakaman video yang memaparkan visual tempat-tempat berkenaan sehingga terbawa-bawa dalam mimpi di malam hari serta mengigau sewaktu tidur di siang hari.

33. Buat senarai tugas serta sasaran-sasaran aktiviti yang bakal anda laksanakan sepanjang berada di tanah suci berkenaan seperti berapa kali atau berapa kerap kita melakukan qiamullail, solat sunat tahajjud, tasbih, taubat dan hajat serta berdoa di Multazam, dalam Hijir Ismail di belakang Hajar Aswad, melakukan Umrah sunat, tawaf sunat, membaca Quran, menghafal surah serta bersedekah kepada fakir miskan sepanjang berada di tanah suci kelak.

34. Senarai semak dan sasaran tugas ini amat penting diputuskan dalam tempoh satu minggu sebelum berangkat ke tanah suci itu bagi memastikan ibadah Umrah yang bakal anda laksanakan itu penuh dengan pengisian serta aktiviti yang berfaedah serta dapat mengelakkan diri anda daripada hanyut dalam kelalaian serta kelekaan yang tidak menguntungkan.

35. Mantapkan serta mahirkan diri anda dengan solat jama’ dan qasar secara taqdim atau ta’khir serta solat menghormati waktu yang amat diperlukan sepanjang waktu dalam perjalanan dan semasa menunaikan ibadah Umrah berkenaan.

36. Fahami setiap hukum-hakam serta tatacara pelaksanaannya agar solat tersebut menepati segala syariat dan tuntutan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT itu. Jangan biarkan kejahilan serta kemalasan untuk belajar dan mengambil tahu itu meranapkan pahala serta kesahan solat yang anda dirikan.

37. Mantapkan juga kemahiran anda tentang solat jenazah kerana saban waktu pada setiap solat fardhu sama ada di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi anda akan bertemu dengan solat jenazah. Amatlah rugi sekiranya kesempatan yang Allah bukakan untuk kita mendapat pahala yang berlipat kali ganda itu anda sia-siakan akibat kejahilan dan kebodohan sendiri.

38. Tanamkan azam dan tekad untuk menunaikan solat jenazah tersebut sebaik-baiknya kerana solat berkenaan dapat mendidik jiwa anda mengingati kematian yang pasti menjenguk setiap insan dan makhluk yang bernyawa di dunia ini.

39. Pelihara jasmani atau fizikal diri anda daripada terdedah kepada kesakitan atau kecederaan dengan tidak melakukan kerja-kerja yang berat dan berisiko tinggi seperti mencangkul tanah, memikul atau mengangkat bebanan yang berat, memanjat menggunakan tangga untuk membaiki bumbung rumah yang bocor serta menyabit rumput atau memotong pepohonan di halaman menggunakan pisau atau peralatan yang tajam.

40. Kerja-kerja tersebut boleh mendedahkan diri kepada kecederaan dan kemalangan yang mampu membantutkan hasrat dan niat untuk menyempurnakan ibadah Umrah berkenaan. Sekiranya perlu atau terdesak sangat upahkan kerja-kerja tersebut kepada pihak yang mahir dan professional dalam bidang berkenaan.

41. Tangguhkan penglibatan anda dalam permainan yang menggunakan kudrat dan tenaga yang berprofil tinggi serta berpotensi menjerumuskan anda kepada kecederaan dan kemalangan seperti bolasepak, hoki, badminton, berjogging di kawasan yang tidak rata atau berlubang, berlari di atas simen yang basah serta lalai dan leka sewaktu menaiki dan menuruni tangga, menyeberangi jalan raya dan seumpamanya.

42. Elakkan diri anda dari mengembara dan memandu kenderaan ke destinasi destinasi yang jauh untuk mengunjungi saudara mara atau sahabat handai kerana perjalanan yang jauh serta pemanduan yang lama akan mendedahkan diri anda kepada kemalangan-kemalangan yang boleh menyebabkan kecederaan yang serius dan seterusny boleh menjejaskan peluang anda untuk menunaikan ibadah Umrah berkenaan.

43. Akui hakikat bahawa sebarang kecederaan dan kesakitan walau pun ringan seperti terseliuh kaki atau tangan, luka-luka kecil atau bengkak-bengkak boleh menjejaskan reputasi serta prestasi dan tumpuan peribadahan Umrah anda itu. 

44. Sebaik-baiknya dalam jangka waktu ini biarlah saudara mara yang datang menziarahi anda dan bukannya anda pergi menziarahi mereka.

45. Ambil cuti dalam jangka waktu satu minggu sebelum melaksanakan ibadah Umrah ini bagi merehatkan otak serta fikiran di samping membuat persiapan terakhir seperti menghafal doa-doa, membaca nota-nota yang perlu dan penting yang berkaitan dengan rukun, wajib serta sunat-sunat Umrah serta tatacara komprehensif mengerjakan ibadah Umrah berkenaan.

46. Jangan berasa rugi untuk bercuti ini krana ia amat perlu untuk melupakan sejenak serta membebaskan diri daripada belenggu alam pekerjaan serta tanggung jawab tugasan yang tidak kungjung putus atau habis itu. Cuti ini juga member peluang kepada anda untuk membentuk serta membina suatu perasaan atau momentum yang betul serta dapat menjana tumpuan yang bakal menggamit kekhusyukan serta kesyahduan ibadah Umrah yang bakal anda kerjakan.

47. Tangguhkan kerja-kerja yang memerlukan tumpuan, pena’akulan, penelitian serta pemikiran aktif dan kreatif menggunakan computer dan internet kerana kerja-kerja ini akan memenatkan otak dan menyerabutkan fikiran. Fenomena serta gejala ini juga boleh menghakis keghairahan anda untuk beribadah serta menumpulkan minda, emosi dan penghayatan untuk mengerjakan Umrah yang berkualiti dan terbaik.

48. Elakkan terus daripada menonton siri serta tayangan televisyen yang memaparkan adegan-adegan yang mengghairahkan, merangsang serta meneruja nafsu dan syahwat anda dalam minggu ini.

49. Elakkan juga sepenuhnya aktiviti mendengar muzik serta nyanyian yang mengasyikkan sehingga anda terlupa dan terleka dengan tugasan suci yang sedang menunggu anda tidak berapa lama lagi itu. Kedua-dua factor ini bakal menjadi virus yang boleh meracuni kesyahduan dan kesenduan ibadah Umrah yang bakal; anda persembahkan untuk penilaian Allah SWT itu.

50. Akui hakikat bahawa kedua-dua factor itu adalah wadah dan wahana yang paling dinamik dan berkesan bagi iblis dan syaitan untuk merobek-robek serta memporak-perandakan visi serta misi suci yang ingin anda realisasikan itu.

51. Sebagai alternatifnya gantikan dengan menonton VCD, DVD yang berkaitan dengan ibadah Umrah atau Haji itu meskipun VCD, DVD tersebut telah kita tonton berulang kali. Ketahuilah bahawa tontonan berulang kali itu akan memantapkan kefahaman serta mampu menggamit penghayatan dan keseronokan.

52. Gantikan amalan mendengar muzik rancak itu dengan menghayati rakaman surah-surah Al-Quran oleh para Qari yang tersohor atau nasyid-nasyid masa kini yang amat bermutu serta mempunyai lirik serta mesej yang dapat meneruja keimanan dan ketaqwaan anda kepada Allah SWT.

53. Elakkan diri daripada terdedah kepada terjahan cuaca seperti panas, sejuk, hujan dan embun, serta amalan berjaga hingga larut malam, kurang tidur, tidur berlebihan dan seumpamanya kerana fenomena ini boleh mengakibatkan anda dihinggapi selsema, demam, batuk, mengantuk serta letih dan tiada bermaya.

54. Bila gejala ini menimpa anda di saat-saat anda akan berangkat untuk memulakan kembara suci yang amat memerlukan keperkasaan jiwa raga serta keampuhan kesihatan dan jati diri itu maka sudah hampir pasti anda tidak akan mampu menghasilkan persembahan yang terbaik untuk dinilai oleh Allah SWT.

55. Jaga dan kawal mutu dan jenis pemakanan anda dalam jangka waktu ini agar anda terhindar daripada penyakit atau masalah-masalah yang mengganggu keharmonian serta keselesaan perut dan usus anda. Masalah-masalah ini juga boleh menjadi factor yang menjejaskan semangat dan kekhusyukan kembara suci serta ibadah Umrah yang bakal anda kerjakan.

56. Elakkan daripada memakan makanan yang telah sejuk dan hampir basi, makanan yang terdedah kepada habuk, lalat atau semut, makanan yang terlalu pedas disebabkan penggunaan terlalu banyak cili serta rempah ratus serta minuman berais dan berkabonat yang boleh menyebabkan cirit birit, pedih hati, perut memulas, batuk, lelah dan seumpamanya pada jangka waktu satu minggu sebelum berangkat ini.

57. Gunakan sepenuh kesempatan satu minggu sebelum berlepas ke tanah suci itu untuk memohon keampunan daripada kedua ibu bapa, sahabat handai serta sanak saudara atas apa jua kesalahan yang telah dilakukan secara tidak sedar atau separa sedar. Anda semua amat beruntung kerana dalam era alam siber ini anda boleh berhubung dan berinteraksi dengan begitu mudah melalui alat komunikasi yang canggih dan sofistikated seperti telefon bimbit, internet dan menerusi perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) yang tidak memerlukan anda berhadapan dengan pelanggan anda itu.

58. Lengkapi juga telefon bimbit anda itu dengan kemudahan liputan antara bangsa (international roaming service) bagi memudahkan anda berhubung dengan anak pinak, saudara mara serta sahabat handai di tanah air untuk saling bertanya kahbar dan saling mengetahui keadaan satu sama lain sepanjang berada di tanah suci kelak.

59. Pastikan anda telah menukar sebahagian wang anda kepada mata wang Saudi Riyal yang bakal digunakan sepanjang perjalanan. Anda memerlukan sekurang-kurang SR200 untuk kegunaan membeli makanan dan minuman atau apa jua keperluan dalam perjalanan sebelum tiba di destinasi terakhir.

60. Jumpa doktor yang selalu merawat penyakit anda serta dapatkan bekalan ubat-ubatan yang bakal dibawa bersama ke tanah suci kelak. Dapatkan juga surat pengesahan daripada doktor berkenaan terhadap jenis ubat yang dibekalkan itu agar tidak mendatangkan masalah apabila berhadapan dengan pihak kastam dan eksais Arab Saudi kelak.

85 TIPS PADA HARI KEBERANGKATAN UMRAH

TIPS 2 : 85 Tips Pada Hari Keberangkatan Umrah

1. Pada malam keberangkatan bangunlah di tengah malam serta tunaikanlah solat sunat taubat sebanyak dua rakaat dan selepas salam istighfarlah sekurang-kurangnya 100 kali serta bertaubat ke hadrat Allah SWT dengan sekujur keinsafan dan setulus kejujuran dan keikhlasan.

2. Setelah menyempuranakan solat taubat dan berzikir tunaikan pula solat sunat istikharah sebanyak dua rakaat. Selepas salam berdoalah kepada Allah SWT untuk menunjukkan kepada kita jalan yang benar serta dikurniakan kesihatan yang sempurna dalam mengerjakan ibadat kepada Allah SWT di kedua-dua tanah haram itu kelak.

3. Setelah menyempurnakan solat taubat dan istikharah tersebut tunaikan pula solat hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Setelah memberi salam sujudlah semula dan dalam sujud tersebut pohonlah dengan sepenuh keinsafan dan kerendahan diri agar dihindarkan daripada sebarang masalah atau musibah yang boleh menjejaskan kelancaran program Umrah yang bakal dilaksanakan itu. Pohonkan juga keampuhan kesihatan serta kecekalan emosi serta semangat dan jati diri agar tidak berbelah bahagi, was-was serta ragu-ragu untuk meninggalkan anak serta harta benda sepanjang waktu mengerjakan ibadah Umrah itu kelak.

4. Tunaikan solat subuh pada hari tersebut di surau atau masjid berhampiran dengan tempat kediaman anda. Ambil kesempatan selepas solat subuh yang mulia itu untuk bersalam-salaman serta memohon keampunan dan kemaafan daripada para jemaah yang menjadi rakan dan taulan setia anda selama ini.

5. Minta para jemaah yang terdekat mendoakan kesejahteraan dan keselamatan diri anda dalam kembara suci itu kelak kerana doa restu daripada sahabat handai juga boleh membantu memudahkan segala urusan suci anda serta menepis segala musibah serta masalah yang mungkin didorongi oleh iblis dan syaitan laknatullah itu.

6. Rujuk surat atau risalah yang menunjukkan jadual penerbangan Umrah anda itu untuk memastikan tarikh keberangkatan berkenaan tidak tersilap atau terlepas pandang dan juga untuk memastikan masa untuk melaporkan diri di lapangan terbang itu menepati kehendak dan tuntutan jadual penerbangan berkenaan.

7. Perkara ini amat penting diberi perhatian kerana sebarang masalah teknikal seperti terlepas tarikh atau terlepas penerbangan akan mengundang kesulitan bagi pihak jemaah dan bagi pihak agensi kerana berkemungkinan besar tidak akan mendapat penerbangan yang lain dan wang yang telah dijelaskan itu tidak akan dipulangkan semula terutama jika kesilapan itu berpunca daripada kecuaian dan kealpaan jemaah sendiri.

8. Pastikan satu salinan surat jadual penerbangan itu ditinggalkan kepada waris di tanah air supaya mereka dapat mengenal pasti tarikh keberangkatan pulang anda bagi memudahkan mereka mengaturkan pengangkutan bagi menjemput anda balik dari lapangan terbang Kuala Lumpur ke rumah kelak.

9. Salinan surat pengesahan jadual penerbangan itu yang mengandungi juga alamat serta nombor telefon agensi yang mengendalikan Umrah kita itu amat berguna bagi waris anda di tanah air mengetahui perkembangan semasa program Umrah berkenaan serta mendapat maklumat mutakhir sekiranya berlaku sebarang kesulitan seperti kemalangan, sakit pening, pertukaran tarikh penerbangan atau pindaan masa ketibaan. Dengan yang demikian waris tidak akan dilanda dilemma kerisauan dan kemelut keresahan yang tidak sewajarnya.

10. Buat semakan terakhir untuk memastikan segala peralatan seperti pakaian dan barang-barang keperluan lain telah dimasukkan ke dalam beg-beg besar serta beg galas yang bakal di bawa bersama ke tanah suci.

11. Pastikan juga jemaah tidak membawa barang-barang yang tidak perlu serta dilarang oleh agensi penerbangan seperti pisau, gunting, buku-buku atau risalah yang berunsur politik, makanan yang mudah busuk serta berbau seperti tempoyak durian, belacan dan seumpamanya.

12. Pastikan segala beg besar atau beg galas diri kita sendiri serta diri isteri, anak-anak serta keluarga dan mahram anda itu telah bertulias dan berlabel dengan nama, alamat penuh serta nombor telefon dengan jelas dan terang bagi memastikan ia tidak tersilap ambil atau mudah dikesan dan diserahkan semula kepada anda sekira berlaku masalah-masalah teknikal di luar jangkaan seperti tercicir, tersasar ke tempat lain, tersilap ambil, tertinggal dalam bas atau pesawat dan seumpamanya.

13. Pastikan segala dokumen seperti kad pengenalan, kad-kad ATM, lesen memandu, kad kuasa atau pengenalan diri di tempat kerja dan seumpamanya di tinggalkan keapda anak atau saudara mara di tanah air kerana kad-kad tersebut tidak di perlukan di sepanjang menunaikan ibadah Umrah kita itu.

14. Passport antara bangsa serta tag pengenalan diri yang di sediakan khusus oleh pihak agensi itu sudah memadai untuk menjadi teman serta pengenalan diri kita sepanjang berada di tanah suci itu kelak.

15. Lazimnya pihak imigresen mungkin akan merampas dokumen-dokumen tersebut atau sekurang-kurangnya anda akan berhadapan dengan soalan-soalan atau sesi soal siasat yang menyulitkan, membuang masa serta mengganggu keharmonian serta kestabilan emosi serta perasan anda. Jesteru, mengapa harus kita mengundang permasalahan yang tidak sepatutnya.

16. Pastikan juga anda membawa jumlah wang yang secukupnya untuk membeli belah atau membayar dam sekiranya anda terlanggar salah satu rukun, wajib atau pantang larang ihram secara tidak sengaja. Meskipun makanan dan minuman serta kos perjalanan dan pengangkutan untuk berziarah telah sedia dilunaskan serta telah termasuk dalam pakej namun anda juga memerlukan wang untuk makan dan minum tambahan, membeli cenderamata dan cenderahati untuk sanak saudara, keluarga dan sebagainya.

17. Pastikan juga anda telah menukarkan sedikit wang ke dalam matawang Saudi Riyal bagi kegunaan yang pelbagai sepanjang perjalanan kelak. Namun demikian anda masih boleh menukar wang anda itu di tanah suci tetapi mungkin kadarnya agak rendah dan murah berbanding dengan kadar pertukaran di tanah air.

18. Anda juga masih boleh menukar wang Ringgit Malaysia anda itu di kaunter pertukaran wang yang terdapat di lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang. Sehubungan itu anda tidak perlu risau atau runsing berkenaan dengan permaslahan tersebut.

19. Rehatkan badan sepenuhnya kerana anda memerlukan kekuatan jasmani dan kesihatan diri serta minda bagi mengharungi perjalanan selama 8 hingga 9 jam dalam pesawat antara Kuala Lumpur dengan Jeddah sekiranya menaiki penerbangan terus. Jika menaiki pesawat yang terpaksa berhenti atau transit di suatu destinasi persinggahan seperti Doha di Qatar, Dubai di Emiriah Arab Bersatu, Isfahan atau Teheran di Iran, Keherah di mesir dan seumpamanya maka jangka masa dalam penerbangan akan bertambah hingga mencecah 10-12 jam.

20. Anda juga perlu menaiki pula selama 6-7 jam lagi untuk sampai dari Jeddah ke Madinah. Bayangkan betapa letih dan penatnya jasmani serta fizikal diri anda terutama jemaah yang telah berumur dan kurang sihat. Justeru, jaga kesihatan diri pada hari keberangkatan itu dengan mendapatkan rehat serta tidur yang secukupnya.

21. Elakkan daripada membuat kerja seperti mengemas rumah, mencuci pinggan mangkuk, membasuh dan melipat pakaian dan seumpamanya pada hari keberangkatan itu. Pasrahkan hati supaya tidak terlalu bimbang atau khuatir dengan memberikan sepenuh kepercayaan kepada mereka yang tinggal untuk melaksanakannya.

22. Kurangkan makan terutama makanan yang pedas-pedas atau yang telah sejuk kerana dikhuatiri makanan tersebut akan menyebabkan perut bersasa sakit serta tidak selesa. Fenomena itu akan mengganggu minda dan konsentrasi diri dalam penerbangan kelak terutama kalau anda dilanda masalah kerap buang air besar kerana kemudahan tandas dalam pesawat amat terhad.

23. Namun begitu tidak pula bererti perut dibiarkan kekosongan tanpa sebarang makanan lantaran fobia dengan masalah seperti di atas kerana perut yang kosong akan di isi pula oleh angin yang akan menyebabkan jemaah rasa senak perut atau pedih hati dan juga akan mengganggu keseronokan jiwa, emosi dan perasaan yang sepatutnya riang dan bahagia mengharungi pengembaraan yang penuh kebahagiaan, fadilat dan hikmah itu.

24. Baca serta hayati maksud serta intipati doa permulaan perjalanan yang terdapat dalam buku doa yang dibekalkan oleh pihak agensi. Doa tersebut amat penting di baca dan di hayati terlebih dahulu sebelum di panjatkan ke hadrat Allah SWT selepas solat sunat safar yang bakal kita dirikan kelak bagi memastikan ia ikhlas dan pasrah tanpa sebarang was-was, syak dan ragu ketika dipersembahkan ke hadrat Allah SWT itu.

25. Kandungan serta intipati doa tersebut boleh menjadi pendinding serta penangkis yang amat kalis dan kebal bagi menghadapi diayah, pujuk rayu serta tipu daya iblis dan syaitan yang akan berusaha sedaya upaya dengan beraneka taktik dan strategi bagi memesong serta menyelewengkan niat dan hasrat anda untuk menyusuri jalan lurus yang diredhai Allah itu.

26. Kefasihan serta kelancaran lidah anda dalam mengutarakannya ke hadrat Allah SWT itu kelak akan menggamit kesyahduan yang bakal mengundang titisan air mata keinsafan dan kesenduan. Sesungguhnya, air mata keinsafan dan kesenduan tersebut mampu memperteguhkan tali kebergantungan mutlak kita kepada segala qada’ dan qadar Allah SWT.

27. Bersihkan diri serta mandi dan mengambil wudhu’ satu jam sebelum berangkat ke lapangan terbang Kuala Lumpur. Pakai pakaian yang selesa iaitu tidak terlalu sempit dan tidak pula terlalu longgar serta tunaikan solat sunat musafir sebanyak dua rakaat dengan khusyuk dan tawaduk.

28. Setelah itu panjatkan doa sunat musafir yang terdapat dalam buku doa. Sekiranya anda tidak begitu fasih dalam bahasa Arab, memadai dipanjatkan dalam bahasa Melayu yang anda faham maksud dan pengertiannya.

29. Berdoalah dengan setulus keinsafan dan sekujur keyakinan bahawa Allah akan memelihara keselamatan anda sepanjang perjalanan serta diberikan kekuatan dan semangat jati diri yang kental untuk mengharungi segala cabaran dan rintangan yang menyusuri kembara suci mencari redha Ilahi itu.

30. Doa tersebut juga berupaya menyuntik keyakinan serta kepasrahan yang sejati dalam diri dan minda anda bahawa Allah pasti akan memelihara keselamatan juga kesejahteraan anak pinak, saudara mara serta harta benda yang bakal ditinggalkan itu.

31. Masukkan segala barang-barang keperluan ke dalam kenderaan dan pastikan tiasa suatu pun yang tertinggal. Elakkan daripada keadaan panic serta tergopoh-gapah kerana fenomena itu adalah bisikan dan tiupan diayah iblis dan syaitan yang tidak putus-putus berusaha bagi menggagalkan hasrat murni anda itu.

32. Bergerak awal ke lapangan terbang meski pun anda dikehendaki berada di sana sekurang-kurangnya tiga jam sebelum waktu berlepas. Bagi yang tinggal jauh pastikan bergerak lebih awal lagi kerana banyak halangan di sepanjang perjalanan yang amat sukar di ramalkan seperti kesesakan lalu lintas, tayar kereta pecah atau bocor, di tahan anggota Polis Trafik kerana kesalahan lalu lintas yang tidak disengajakan dan seumpamanya.

33. Usah bimbang sekiranya anda sampai awal sedikit kerana masa yang banyak terluang itu dapat membantu menjana keharmonian serta kedamaian jiwa. Jiwa yang tenang, aman serta damai dapat mengangkat martabat penghayatan diri bagi menyempurnakan segala tuntuan ibadah suci Umrah berkenaan yang amat luas dan mencabar itu.

34. Pastikan sebelum bergerak meninggalkan rumah anda membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali, surah Al-Falaq senyak 3 kali, surah An-Nas sebanyak 3 kali dan ayat Kursi sebanyak 3 kali.

35. Setelah membaca ayat-ayat serta surah-surah berkenaan maka berdoalah dengan membaca doa Tawakkal kepada Keagungan dan Keesaan Allah SWT serta doa apabila hendak keluar dari rumah.

36. Pastikan anda tidak lupa membaca doa menaiki kenderaan agar perjalanan anda itu sentiasa berada di bawah lembayung restu dan redha Allah SWT serta di jauhi dari sebarang bencana dan musibah yang mungkin di dorong oleh tipu daya serta muslihat iblis dan syaitan yang tidak pernah mengaku kalah atau putus asa itu.

37. Di sepanjang perjalanan itu basahilah bibir anda dengan zikir-zikir yang memuji-muji kebersaran serta Keagungan Allah SWT di samping membaca doa dalam perjalanan yang terdapat dalam koleksi doa-doa Umrah itu dengan penuh khusyuk dan syahdu.

38. Laporkan diri pada petugas agensi yang sedia menunggu di aras 5 lapangan terbang berkenaan sebaik tiba di sana. Sentiasa pamerkan beg kecil dokumen yang mengandung lambing agensi bagi memudahkan wakil agensi mengenali anda.

39. Petugas atau wakil agensi yang bertanggung jawab akan memberikan kepada setiap jemaah tag pengenalan diri yang mengandungi butiran seperti gambar, nama penuh, logo agensi, nama hotel penginapan di madinah dan makkah serta nombor-nombor telefon para wakil di tanah suci untuk memudahkan perhubungan sekiranya memerlukan bantuan dan menyelesaikan sebarang kemusykilan.

40. Pastikan anda memakai tag nama tersebut sepangajang masa di lapangan terbang tersebut, dalam pesawat penerbangan dan di kedua-dua tanah suci sebagai dokumen pengenalan diri yang sah.

41. Sematkan atau ikatkan tag pengenalan bagasi lengkap dengan nama dan gambar yang dibekalkan oleh pihak agensi itu kepada setiap bagasi yang bakal dimasukkan ke dalam ruangan kargo penerbangan.

42. Bagi beg galas yang bakal di bawa dengan tangan ke dalam pesawat akan di bekalkan pula tag logo syarikat penerbangan. Tulis nama pada tag tersebut bagi memastikan beg-beg anda itu tidak hilang, tercicir atau tersalah ambil dan mudah dikembalikan semula kepada anda sekiranya terjumpa atau dijumpai.

43. Terima buku panduan perjalanan yang mengandungi segala butiran dan tatacara yang perlu dipatuhi sepanjang perjalanan dan setiap masa di tanah suci kelak seperti tatacara di KLIA Sepang, tatacara dalam penerbangan, tatacara di lapangan terbang transit, tatacara sewaktu ketibaan di King Abdul Aziz International Airport, Jeddah, tatacara dalam perjalanan ke Madinah dan seumpamanya hinggalah jemaah balik semula ke tanah air.

44. Baca serta hayati segala informasi atau makmulat yang terkandung dalam buku panduan tersebut supaya anda sentiasa prihatin dan peka terhadap setiap prosedur yang berlaku dan yang akan berlaku sepanjang kembara suci berkenaan. Maklumat yang lengkap dapat membantu penjurusan minda serta penyusunan startegi yang lancar dan sistematik.

45. Ambil kesempatan masa yang terluang itu untuk saling berkenalan sesame jemaah yang bakal menjadi teman, sahabat dan saudara anda sepangjang kembara dan perjalanan suci itu.

46. Wujudkan rasa persaudaraan dan persahabatan yang intim dan sejati kerana merekalah kelak yang bakal menjadi teman terhibur di kala senang dan sihat serta penolong dan pembantu yang setia sekiranya anda ditimpa musibah dan masalah di sepanjang kembara mengerjakan ibadah Umrah berkenaan.

47. Kikis segala rasa riak, sombong atau mementingkan darjat, pangkat dan kedudukan yang mungkin sedang menggelumangi diri anda itu serta suburkan sifat-sifat mahmudah seperti kasih sayang, timbang rasa, sedia menghulurkan bantuan, kemesraan dengan tutur kata yang lemah lembut serta bersopan santun sesuai dengan tuntutan sebagai TETAMU ALLAH itu.

48. Terima Passport Antarabangsa, pas menaiki pesawat (boarding pas), buku kesihatan dan borang pendaratan di King Abdul Aziz International Airport, Jeddah yang telah lengkap di isi segala butirannya oleh pihak agensi daripada wakil agensi yang bertugas.

49. Simpan baik-baik segala dokumen berkenaan dalam bag dokumen yang di bekalkan oleh pihak agensi untuk tujuan tersebut. Perlu di ketahui bahawa dokumen-dokumen tersebut adalah ibarat nyawa anda sepanjang berkelana MENJADI TETAMU ALLAH.

50. Sebarang kehilangan atau keciciran boleh mengakibatkan masalah besar dan rumit serta boleh mengendalakan perjalanan serta menggagalkan hasrat murni anda semua tenand dan tenteram.

51. Sehubungan itu, berikan perhatian dan penjagaan 100% kepada tanggungjawab berkenaan. Kanak-kanak atau saudara mara yang telah lanjut usia dan mudah pelupa itu disarankan supaya menyerahkan urusan menjaga dokumen berkenaan kepada ketua keluarga atau mahram masing-masing.

52. Bawa segala beg dan bagasi yang bakal di masukkan ke dalam kompartmen kargo pesawat bersama Passport dan Pas Menaiki Pesawat (boarding pas) ke Kaunter Pendaftaran Masuk (Check In Counter) apabila di panggil oleh petugas agensi mengikut keluarga atau mahram masing-masing. Beg galas atau hand luggage tidak perlu di serahkan kerana ia bakal di bawa sendiri ke dalam pesawat kelak.

53. Kumpulkan beg-beg atau bagasi tersebut dalam kelompokan mengikut keluarga supaya dapat ditimbang secara berkumpulan. Jemaah lain di minta bersabar menunggu diliran dan di minta bertindak dengan prosedur yang sama seperti di atas apabila di kehendaki atau di panggil oleh petugas agensi bagi mengelakkan kekeliruan dan keserabutan kepada proses yang sedang di laksanakan itu.

54. Jemaah yang telah selesai menjalanai proses pendaftaran masuk atau ‘check-in’ itu di kehendaki berkumpul semula di satu tempat yang telah di tetapkan. Saudara mara yang datang menghantar di benarkan berada bersama-sama jemaah di tempat itu sehingga sampai saat dan ketika di mana para jemaah di arahkan bergerak ke dewan Berlepas (Departure Hall).

55. Petugas atau wakil agensi akan memperkenalkan ketua rombongan yang akan bertanggungjawab membimbing, menyelia serta memantau pergerakan serta keselamatan, kesempurnaan serta kelancaran perjalanan para jemaah sejak dari sewaktu keberangkatan di KLIA hinggalah selamat baik semula ke KLIA selepas mengerjakan ibadah Umrah tersebut.

56. Para jemaah di minta memberikan sepenuh kerjasama dan taat setia kepada ketua rombongan ini dengan mematuhi segala arahan dan bimbingannya meski pun ketua rombongan tersebut mungkin lebih muda dari usia para jemaah sendiri atau ada dari kalangan jemaah sendiri yang lebih berpengalaman dalam hal ehwal serta selok belok pengurusan Umrah berkenaan.

57. Semua jemaah akan di persilakan oleh pihak rombongan untuk mula bergerak masuk ker Dewan Berlepas kira-kira satu setengah jam sebelum pesawat di jadualkan berlepas.

58. Inilah saat terakhir pertemuan para jemaah denga saudara mara dan sahabat handai yang menghantar para jemaa buat sementara waktu kerana hanya peserta penerbangan sahaja yang di benarkan memasuki Dewan Berlepas itu.

59. Ucapkanlah selamat tinggal serta pohokan keampunan atas setiap dosa dan kesalahan serta minta di halalkan atas setiap yang termakan dan terminum serta mohon di doakan agar selamat pergi dan selamat balik serta dapat mengerjakan Umrah yang terbaik, berkualiti serta di terima di sisi Allah SWT.

60. Mula bergerak menuruni tangga bergerak (escalator) menuju ke Kaunter Pemeriksaan Imigresen Malaysia. Masukkan passport anda ke dalam mesin pengimbas (scanner) yang terdapat pada setiap lorong pemeriksaan. Minta bantaun pegawai yang bertugas sekiranya timbul sebarang masalah berkaitan dengan proses tersebut.

61. Jemaah yang telah sempurna menjalani proses pemeriksaan berkenaan di minta menunggu di suatu kawasan yang berhampiran dengan pusat pemeriksaan sehingga kesemua peserta atau jemaah Umrah itu selesai menjalani pemeriksaan berkenaan.

62. Ketua rombongan akan memberikan taklimat terperinci tentang prosedur penerbangan dan semua jemaah di minta memberikan sepenuh tumpuan kepada setiap maklumat yang di sampaikan oleh ketua rombongan dalam taklimat berkenaan seperti butir-butir penerbangan yang merangkumi maklumat tentang kedudukan Balai Berlepas, masa bertoalk, jangka masa dalam penerbangan, transit atau persinggahan jika ada, kedudukan tempat duduk yang caca marba serta tidak menepati kehendak keluarga, jalan penyelesaiannya serta tatacara dan bentuk pengisian sepanjang penerbangan kelak.

63. Bergerak bersama-sama untuk ke Balai Berlepas yang tercatat dalam pas menaiki pesawat atau boarding pas masing-masing itu. Naiki keretapi transit ringan yang akan membawa para jemaah ke Anjung Berlepas dan jemaah sentiasa diingatkan supaya mengutamakan diri dalam apa jua keadaan dan suasana.

64. Keretapi akan mengambil masa tepat satu minit untuk sampai ke destinasi yang di tuju. Turun daripada keretapi dan mula bergerak secara berjemaah ke Balai Berlepas yang di tetapkan dengan melihat penunjuk arah yang terdapat di sekitar anjung tersebut.

65. Masuk ke dalam Balai Berlepas dengan mengemukakan tiket penerbangan, pas menaiki pesawat serta Passport Antarabangsa masing-masing kepada pegawai lapangan terbang yang bertugas. Petugas akan memeriksa kesahihan segala dokumen berkenaan dan akan memulangkan semual kepada setiap jemaah untuk di simpan dengan cermat dan selamat.

66. Masukkan semua beg galas, telefon bimbit, kamera video digital serta jam tangan masing-masing ke dalam mesin pengimbas bagi memastikan anda bebas daripada benda-benda yang terlarang dalam penerbangan seperti pisau, gunting dan beraneka bend tajam yang boleh di jadikan senjata atau mekanisma pengancam serta penganggu-gugat keberkesanan system elektronik keselamatan pesawat tersebut di sepanjang penerbangan kelak.

67. Seterusnya jemaah di minta pula melalui kawalan dan pengimbasan badan bagi memastikan anda bebas daripada memiliki atau membawa benda-benda terlarang dan merbahaya dalam penerbangan seperti senjata, benda-benda tajam, benda-benda daripada logam yang berdaya penarik, pencucur rokok bergas, dadah yang di larang dan seumpamanya.

68. Jemaah di minta mematuhi dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada tatacara dan prosedur keselamatan berkenaan kerana jemaah akan mengalami serta menjalani proses yang sama pada setiap kali anda akan menaiki pesawat di mana-mana lapangan terbang di dunia ini. Justeru, anggap ia sebagai pengalaman berharga yang jarang di miliki oleh semua orang dan bukannya suatu penderaan atau perkara yang menyusahkan.

69. Tunggu dalam Balai Berlepas sehingga di beritahu oleh petugas penerbanagn detik dan ketika yang telah di izinkan untuk menaiki pesawat berkenaan. Isi masa-masa terluang dan lapang itu dengan berzikir dan mengucap syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah di beri peluang melalui dan meniti saat-saat yang amat indah dan bahagia itu yang berkemungkinan kali pertama dalam hidup bagi sesetengah jemaah itu.

70. Sempurnakan qada’ hajat seperti membuang air besar atau kecil bagi yang memerlukannya atau menunaikan solat sunat musafir dan solat jama’ qasar bagi yang masih belum menunaikannya. Jemaah tidak perlu tergesa-gesa kerana pesawat tidak akan berlepas selagi semua penumpang yang telah di sahkan turut serta dalam penerbangan itu belum menaiki pesawat namun itu tidak pula bererti jemaah bebas berjalan ke sana ke mari atau sengaja melewat-lewatkan sebarang urusan.

71. Bergerak masuk ke dalam pesawat apabila di umumkan sudah boleh menaikinya. Pastikan saudara mara, anak pinak serta mahram berada bersama-sama. Tidak perlu tergopoh gapah atau berebut-rebut kerana setiap penumpang ada tempat duduk masing-masing dan penumpang ada tempat duduk masing-masing dan pesawat tidak akan berlepas selagi penumpang yang telah tersenarai belum menaiki pesawat berkenaan.

72. Tunjukkan tiket serta ‘boarding pas’ masing-masing kepada pertugas di pintu masuk laluan ke dalam pesawat. Petugas akan mengambil tiket serta keratan pas menaiki pesawat dan menyerahkan keratan kad yang mengandungi nombor tempat duduk dalam pesawat untuk pegangan dan rujukan para jemaah.

73. Bergerak dengan tenang hingga tiba di pintu pesawat di mana pramugara atau pramugari pesawat sedia menunggu untuk memberikan bantuan dan penerangan. Tunjukkan keratan kad menaiki pesawat kepada pramugara atau pramugari yang bertugas yang akan menjukkan pula lorong yang betul untuk diikuti.

74. Bergerak masuk ke dalam pesawat mengikut lorong yang telah di arahkan oleh pelayan penerbangan itu tadi. Lihat butiran huruf serta nombor tempat duduk yang di paparkan di bawah setiap tempat letak barangan. Duduk dahulu di tempat yang telah di tetapkan seperti yang tertera dalam pas menaiki pesawat itu.

75. Jangan buat sebaran pertukaran tempat duduk terlebih dahulu kerana proses tersebut akan mengganggu kelicinan dan kelancaran proses mencari tempat duduk penumpang-penumpang lain. Bersabar sehingga kesemua penumpang telah duduk di tempat masing-masing dan apabila semuanya telah sempurna barulah mula merangka untuk merombak tempat duduk secara suka sama suka sesame jemaah Umrah kelompok yang sama.

76. Setelah mendapat tempat yang sesuai dan serasi dengan kehendak masing-masing maka masukkanlah ‘hand luggage’ atau beg galas masing-masing ke dalam kompartmen barangan yang terletak di bahagian atas tempat duduk masing-masing. Berhati-hati ketika memasukkan barang tersebut bagi mengelakkan kecederaan sekiranya ada beg yang mungkin terjatuh dan menimpa para jemaah.

77. Jangan sekali-kali meletakkan beg atau barang-barang lain di bawah tempat duduk anda kerana ia akan menyempitkan ruang tempat letak kaki anda itu. Fenomena ini boleh menyebabkan anda tidak selesa duduk sepanjang penerbangan yang begitu jauh dan lama itu.

78. Duduk di tempat duduk masing-masing. Ikat tali keselamatan yang di sediakan mengikut peraturan dan arahan yang di paparkan pada skrin atau layar perak di hadapan tempat duduk masing-masing atau di layar perak umum di hadapan petak penumpang.

79. Tegakkan tempat duduk bagi memastikan kedudukan tubuh badan anda itu berada pada posisi yang betul dan selamat sewaktu pesawat meluncur dengan amat laju meninggalkan bumi dan terapung di angkasa itu.

80. Jangan lupa membaca doa menaiki kapal terbang dan doa menaiki kenderaan yang di lampirkan dalam koleksi doa-doa umum mengerjakan Umrah itu. Setelah itu baca pula doa dalam perjalanan seupaya perjalanan anda itu sentiasa dalam Rahmat dan Perlindungan Allah SWT dan sekiranya berlaku perkara-perkara yang di luar jangkaan dan kekuasaan manusai seperti kemalangan atau kematian maka anda akan terkelompok ke dalam golongan orang-orang yang gugur syahid dan dimasukkan ke dalam syurga.

81. Ambil iktibar terhadap keagungan serta Kebesaran Allah SWT yang telah menciptakan langit tanpa tiang, awan-awan yang berarak dan berapungan di udara, angkasa raya yang luas terbentang tiada berpenghujung dan penuh dengan misteri serta keajaiban yang menakjubkan itu,

82. Hayati dan insafi juga Rahmat serta Kasih Sayang dan Kebijaksanaan Allah yang telah mengizinkan pesawat yang beratnya beratus malah jutaan tan itu terapung di udara serta meluncur dengan kelajuan yang sangat tinggi hingga mencecah beratus-ratus kilometer satu jam itu sehingga mampu mendekatkan jarak yang begitu jauh serta menghubungkan antara satu benua dengan yang lain dalam jangka masa beberapa jam sahaja.

83. Basahi bibir anda dengan bertasbih, bertahmid serta bertakbir dengan penuh syahdu dan sendu bagi mengakui serta mempasrahi segala Keagungan, Kebesaran, Kehebatan serta Kebijaksanaan Allah SWT itu. Kekalkan ingatan anda terhadap Keagungan dan Kebesaran Allah itu sepanjang masa dalam perjalanan meredah angkasa raya yang penuh misteri dan keajaiban itu.

84. Tidur serta rehatkan badan dan fikiran sekiranya bersas letih dan jangan sekali-kali memperkosa niat anda yang suci untuk mengerjakan Umrah sekaligus menggapai keredhaan dan keampunan Allah SWT itu dengan menonton tayangan-tayangan filem, video atau mendengar lagu-lagu yang mengasyik serta melekakan fikiran dan pendengaran yang di sediakan dalam pesawat berkenaan. Sesungguhnya syaitan dan iblis sentiasa mendorong dan meneruja minda dan fikiran anda semua supaya menggunakan segala kemudahan yang di sediakan dalam pesawat tersebut dengan alasan untuk merehatkan otak dan badan serta mengatasi rasa bosan mengharungi penerbangan selama 8-9 jam tanpa berhenti itu.

85. Sekiranya mata sukar dilelapkan dan hati amat teringin untuk mendengar atau melihat sesuatu maka pilihlah rancangan yang bermanfaat dan berfaedah seperti bacaan Al-Quran atau rancangan yang memaparkan kehebatan alam haiwan, alam tumbuh-tumbuhan dan seumpamanya yang juga tersenarai dalam koleksi filem serta video milik syarikat penerbangan itu.