www.e-kedai.com.my

Hubungi Kami IKHLAS Care Untuk Bantuan

Wakil Takaful : 0133844954

Bantuan IKHLAS : 1800881186

Email : takafulku@yahoo.com

Takaful AM

Anda berada di Laman Web Wakil Takaful : www.e-kedai.com.my/takafulam.htm

Motor

Bukan Motor

Pengenalan

Akta Pengangkutan Jalan 1987 menghendaki semua kenderaan bermotor dilindungi insurans sebelum digunakan di jalan raya. Tetapi adakah SEMUA perlindungan insurans atau takaful adalah sama? Tidak semestinya. Walaupun kenderaan bermotor adalah kelas yang ditarifkan, syarikat insurans dan takaful dibenarkan untuk mengenakan paras tambahan dan deduktibel yang berbeza. Tambahan pula, syarikat menawarkan servis dan teknologi yang berlainan serta cara pengurusan tuntutan insurans yang berbeza.

Kami di Takaful IKHLAS, memahami keperluan anda. Dalam hal ini, kami tidak mengenakan tambahan atau melaksanakan deduktibel. Oleh sebab itu, dalam kebanyakan kes, jika berlaku kemalangan, kami menjamin untuk meluluskan tuntutan anda dengan segera melalui proses tuntutan yang mesra pelanggan. Kesemua sebutharga adalah berdasarkan kepada alat ganti tulen. Anda juga boleh menggunakan khidmat bantuan jalanraya 24 jam untuk bantuan jika berlaku kecemasan. Oleh yang demikian, kami telah membina reputasi yang baik bagi penyelesaian tuntutan yang adil dan cepat.

IKHLAS MOTOR menawarkan perlindungan motor yang dikenali sebagai IKHLAS COMPREHENSIVE MOTOR.

 

Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Motor Takaful?

 

1. IKHLAS COMPREHENSIVE MOTOR

Perlindungan ini akan memberi gantirugi sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan kepada kenderaan anda di samping liabiliti pihak ketiga. Ia melindungi kematian atau kecederaan kepada pihak ketiga, serta kerosakan kepada harta pihak ketiga yang disebabkan oleh kemalangan yang berpunca daripada penggunaan kenderaan anda.

2. FAEDAH PILIHAN

Faedah berikut boleh didapati dengan membuat sumbangan tambahan:-

  • Liabiliti Penumpang

  • Kerosakan Cermin Pecah

  • Mogok, Rusuhan dan Kekacauan Awam

  • Banjir dan Ribut

  • Sistem Radio Kaset

Mengapa memilih IKHLAS Motor Takaful?

  • Khidmat Bantuan Jalanraya 24 jam BANTUAN IKHLAS
    Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini sekiranya terjadi kerosakan kecemasan. Bagi IKHLAS COMPREHENSIVE MOTOR, perkhidmatan ini akan membolehkan kereta anda ditunda ke panel bengkel kami yang terdekat sekiranya terjadi kemalangan (penundaan percuma sehingga RM200).

  • Sistem Anggaran Tuntutan Elektronik
    IKHLAS MOTOR menggunakan teknologi terkini Sistem AnggaranTuntutan Elektronik
    yang membolehkan kelulusan tuntutan pembaikan kenderaan yang pantas, dalam tempoh 24 jam.

  • E-Covernote
    IKHLAS MOTOR membolehkan peserta kami mendapat perlindungan baru dan pembaharuan dengan segera. Ia juga dihubungkan terus secara elektronik dengan JPJ untuk pengeluaran cakera cukai jalan.

Perkhidmatan

Kami di Takaful IKHLAS memastikan pelanggan-pelanggan kami dilindungi dengan baik. Di bawah pelan Comprehensive Motor Takaful, kami amat berbangga untuk memastikan bantuan kami dapat membantu anda secepat mungkin melalui khidmat Bantuan Jalanraya 24 Jam Bantuan IKHLAS.

Anda hanya perlu mendail 1-800-88-1186 untuk bantuan sekiranya terjadi kerosakan kecemasan atau kemalangan jalanraya.

Khidmat-khidmat Bantuan

1.

Bantuan Kecemasan & Tundaan
Jika kenderaan rosak dan tidak dapat bergerak, pusat panggilan kami akan menghantar khidmat penundaan dan bayaran sehingga RM200.00 (DUA RATUS RINGGIT MALAYSIA) bagi membaiki kerosakan dan/atau penundaan kenderaan anda ke bengkel panel kami yang terdekat atau kediaman pemandu.

2.

Bantuan di Jalanraya.
Melibatkan penghantaran & penggantian bateri baru, jumpstart, bantuan bagi tayar pancit & penghantaran minyak petrol (harga tayar, bateri & minyak petrol adalah ditanggung oleh peserta).

3.

Penggantian Kereta.
MASA akan menyediakan Kereta Ganti (Car Replacement) untuk tiga (3) hari. Tuntutan Kemalangan Kereta lebih daripada RM10,000.00 akan berdasarkan pembayaran balik dan sehingga maksima RM300.00 (TIGA RATUS RINGGIT) sahaja.

4.

Bantuan Kembara Alternatif
Ahli layak untuk memilih satu (1) cara alternatif bagi pengangkutan melalui jalanraya, landasan keretapi atau udara. MASA akan membayar bagi pengangkutan berdasarkan penebusan semula sehingga RM100.00 (SATU RATUS RINGGIT MALAYSIA) jika ahli mengembara sekurang-kurangnya 100 km dari kediaman ketika kenderaan tidak dapat bergerak disebabkan kerosakan biasa lebih daripada empat puluh lapan (48) jam.
** Kenderaan haruslah diperiksa dan diperbaiki di bengkel panel kami sahaja.

5.

Bantuan Tempat Tinggal Alternatif
MASA akan menguruskan penginapan di hotel untuk satu (1) malam dengan penebusan semlua sehingga RM100.00 (SATU RATUS RINGGIT MALAYSIA) jika ahli mengembara sekurang-kurangnya 100 km dari kediaman ketika kenderaan tidak bergerak disebabkan kerosakan biasa lebih daripada empat puluh lapan (48) jam.
** Kenderaan haruslah diperiksa dan diperbaiki di bengkel panel MASA sahaja.

6.

Bantuan Evakuasi Kecemasan
Jika berlaku kemalangan, MASA akan menghantar ambulans atau kenderaan dari segi lain bagi menghantar ahli ke pusat kesihatan atau hospital yang terdekat.

7.

Bantuan Kenderaan Repatriasi
Jika pembaikan kereta tidak dapat dilaksanakan di dalam negara atau di bengkel di mana kenderaan telah ditunda mengikut Seksyen 3.1 Bantuan Kecemasan dan Penundaan), MASA akan membantu ahli dalam proses repatriasi kenderaan ke kediaman ahli dengan tanggungan ahli. Ahli juga perlu membayar kos tersebut serta-merta dan penuh.

8.

Notis jika berlaku kecemasan
Jika berlaku kecemasan, MASA akan memastikan ahli keluarga terdekat atau syarikat akan dimaklumkan.

9.

Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer oleh PUSPAKOM
Bagi memastikan keselamatan kenderaan di jalanraya, ahli boleh menghantar kenderaan mereka di mana-mana pusat PUSPAKOM di seluruh negara untuk pemeriksaan (8-point inspection) dan nikmati dikaun RM5.00 (LIMA RINGGIT MALAYSIA). Ahli-ahli harus menghubungi Pusat Panggilan MASA sebelum pemeriksaan.

10.

Penyewaan Kereta yang Istimewa
Ahli-ahli akan dapat menikmati diskaun sehingga 30% bagi sewaan kereta dari AVIS dengan syarat ahli berumur lebih dari 23 tahun, mempunyai kad kredit dan lesen memandu yang sah. Kesemua kos sewaan kereta termasuk kos-kos lain hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh ahli.

11.

Penginapan Hotel dan Resort yang Istimewa
Ahli akan menikmati diskaun sehingga 50% di hotel-hotel dan resort yang terpilih. Sila hubungi MASA untuk mengetahui hotel-hotel dan resort yang tersenarai. Semua kos hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh ahli.

  • Khidmat tambahan untuk peserta-peserta kami

  • Sememangnya apa yang anda perlukan ketika berlakunya kecemasan

  • Untuk membantu anda meneruskan perjalanan jika berlaku kerosakan kenderaan di jalanraya atau kemalangan

Sila klik di sini untuk mencari lokasi panel bengkel kami

e-Zi Claim Drive In

Kami membawa falsafah kami 'memudahkan urusan perniagaan' setapak kehadapan dengan menawarkan servis tuntutan pantas pandu-laju yang dinamakan "e-Zi Claim Drive In". Ini akan memastikan servis tuntutan tanpa sebarang masalah bagi tuntutan minima. Ini bukan sahaja memberikan servis terbaik bagi tuntutan minima kepada para pelanggan, malah ia menjaminkan tuntutan yang tidak terlalu membebankan bengkel panel.

Melalui tuntutan "e-Zi Claim Drive In", seorang 'damage assesor' akan berada di lokasi untuk 'assessment' tuntutan segera bagi tuntutan di bawah RM3,000 dan pemprosesan cek akan dilaksanakan dalam masa satu jam. Malah, ketika menunggu anda boleh menikmati minuman ringan yang disediakan khas untuk anda.

Sila berkunjung ke premis kami untuk sebarang tuntutan minima pada kerosakan kenderaan anda, dan nikmatilah manfaat dari perkhidmatan kami ini. Kakitangan kami yang terlatih bersedia memberi layanan yang terbaik, khas untuk anda.

Alamat kami adalah seperti di bawah:

e-Zi Claim Drive In,
Tingkat Bawah, Bangunan Takaful IKHLAS,
No.14, Jalan 19/1, 47300 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan

 

Panel Bengkel Diluluskan Takaful IKHLAS

Apabila anda menghantar kenderaan anda untuk dibaikpulih di panel bengkel kami, kami akan memastikan bahawa anda diberikan perkhidmatan baikpulih kenderaan yang cekap dan pantas. Disebabkan bengkel-bengkel di bawah panel kami diluluskan oleh PIAM, kami sentiasa memastikan anda mendapat jaminan tahap piawaian kualiti serta perkhidmatan yang terbukti cemerlang prestasinya.

Semua bengkel kami dihubungkan dengan Sistem Anggaran dan Pengesahan Tuntutan Motor Berelektronik. Oleh sebab itu, anda diberi jaminan anggaran tuntutan dan perkhidmatan baikpulih yang terbaik di bawah seliaan kakitangan bengkel yang bertauliah, berpengalaman dan mahir dalam tugas masing-masing.

  • Kerja-kerja pembaikian motor bertaraf tinggi

  • Kebolehpercayaan dalam menilai dan menganggar kerosakan kenderaan

  • Perkhidmatan di seluruh negara

Kami menyediakan bantuan untuk anda!

  • Perkhidmatan bernilai tinggi ke seluruh pelusuk tanahair

  • Hubungan bebas tol 1-800-88-1186

  • 24 jam sehari

Bagaimanakah ia bermanfaat kepada anda?

  • Penyediaan servis yang cekap di lokasi-lokasi strategik

  • Tiada kesulitan dalam penganggaran, justeru menjimatkan masa anda

  • Piawaian baikpulih dan servis yang tinggi sentiasa dikekalkan

  • Kesediaan sebahagian bengkel sepanjang masa – servis 24 jam

  • Turn around time yang pantas

  • Dokumen-dokumen dihantar dalam masa 3 hari

  • Membantu peserta dalam menyerahkan tuntutan

  • Jaminan 6 bulan untuk kerja-kerja baikpulih

 

Tuntutan Motor

Tuntutan-tuntutan Kenderaan Bermotor

Ujian sebenar ke atas sebarang perlindungan insurans akan tiba di saat-saat anda ingin membuat tuntutan. Takaful IKHLAS, memberikan anda lebih nilai ke atas wang anda di setiap peringkat urusan dan ianya adalah amat penting bagi kami. Lantas kami telah merekacipta proses-proses tuntutan supaya menjadi semudah dan secekap yang mungkin

Tuntutan Kenderaan Bermotor Kami di bahagikan kepada 3 jenis

  • Tuntutan Kerosakan / Kerosakan Sendiri Perjanjian Sesama Selesai (Own Damage Knock for Knock - OD KFK)

  • Tuntutan Cermin Kenderaan

  • Tuntutan Kecurian

Prosidur Tuntutan

4 Langkah Mudah Untuk Membuat Bayaran Tuntutan. Anda terlibat dalam kemalangan dan mahu memfailkan tuntutan kepada kami.

  • Langkah 1 - Buat laporan polis secepat mungkin selepas kemalangan

  • Langkah 2 - Maklumkan kepada Jabatan Tuntutan kami/ejen/ panel bengkel membaiki kenderaan mengenai kemalangan dan dapatkan borang tuntutan untuk dilengkapkan. Jika kenderaan masih boleh dipandu, hantar kenderaan ke panel bengkel berhampiran, jika tidak sila hubungi no. talian bebas tol kami 1-800-88-1186 untuk perkhidmatan penundaan.

  • Langkah 3 - Pastikan anda menghantar dokumen-dokumen sokongan untuk membolehkan kami mempercepatkan proses tuntutan anda.

  • Langkah 4 - Kebenaran untuk membaiki kenderaan akan dikeluarkan kepada bengkel membaiki kenderaan dalam tempoh 24 jam sebaik saja anggaran pembaikan atau laporan penaksir telah diterima.

Sila hantar dokumen-dokumen berikut untuk menyokong tuntutan anda:

1) Kerosakan Sendiri Kenderaan Bermotor

  • Borang tuntutan yang telah dilengkapkan

  • Laporan Polis Yang Asal

  • Anggaran pembaikan oleh bengkel membaiki kenderaan termasuk gambar-gambar yang menunjukkan kerosakan

  • Salinan Kad Pendaftaran

  • Salinan Kad Pengenalan Peserta

  • Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Pemandu

  • Salinan Cukai Jalan

2) Kerosakan Diri Kenderaan Bermotor Perjanjian Sesama Selesai
(Knock for Knock)

  • Borang tuntutan yang telah dilengkapkan

  • Laporan Polis Yang Asal

  • Anggaran pembaikan oleh bengkel membaiki kenderaan termasuk gambar-gambar yang menunjukkan kerosakan

  • Salinan Kad Pendaftaran

  • Salinan Kad Pengenalan Peserta

  • Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Pemandu

  • Cakera Cukai Jalan

  • Salinan Laporan Penemuan Polis Yang Telah Disahkan

  • Salinan Laporan Polis Pihak Ketiga Yang Telah Disahkan

  • Salinan pelan lakaran polis yang telah disahkan dan kunci-kunci kenderaan

  • Borang Perakuan Kerosakan Diri Perjanjian Sesama Selesai (OD KFK)

3) Kecurian Kenderaan Bermotor/Kerugian Menyeluruh/Kerugian Menyeluruh Konstruktif/Kebakaran

  • Borang tuntutan yang telah dilengkapkan

  • Laporan Polis Yang Asal

  • Kad Pendaftaran Yang Asal

  • JPJ K3 dan JPJ K8 yang telah ditandatangani/dicop

  • Sijil Asal

  • Kunci untuk ke kenderaan

  • Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Peserta

  • Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Pemandu

  • Surat Akuan JPJ *

  • Laporan Pihak Bomba (bagi Kebakaran sahaja)

Untuk korporat dokumen-dokumen tambahan yang diperlukan adalah seperti berikut:-

  • Salinan Memorandum & Artikel Pertubuhan yang telah disahkan *

  • Borang 9, 24 dan 49 *

  • Salinan kad Pengenalan Salah seorang Ahli Lembaga Pengarah *

4) Cermin Bahagian Hadapan Kenderaan

  • Borang Tuntutan yang telah dilengkapkan

  • Laporan Polis Yang Asal (jika ada)

  • Gambar-gambar yang menunjukkan kerosakan (sebelum dan selepas penggantian)

  • Bil Pembaikan Yang Asal

  • Salinan Kad Pendaftaran

Klik disini untuk muat turun borang tuntutan

 

Kami Sedia Membantu

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi :

Wakil Takaful : Eiklas Resources

Tel : 0133844954 - Zuraimi

Email : takafulku@yahoo.com

Kami Sedia Membantu

www.e-kedai.com.my